berita

Sangka Telefon Bimbit Milik Rakan, Individu Ditahan Polis Turki Ketika Hendak Pulang Ke Malaysia

November 12th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi perkongsian di Backpackers Buddies Malaysia (BBM), seorang individu dikenali sebagai Mohd Firdaus Madzlan menceritakan pengalaman pengembaraannya di Turki bersama sekumpulan individu dari Malaysia.

Menurut Firdaus, sewaktu hendak pulang ke Malaysia, salah seorang ahli daripada kumpulan mereka telah ditahan oleh pihak polis. Ini kerana, individu tersebut telah mengambil sebuah telefon bimbit yang di cas di lapangan terbang. Lebih malang, telefon yang disangkakan milik kawan itu rupanya milik orang lain.

Terambil sebuah telefon bimbit

Sekadar gambar hiasan

Setelah seminggu menggembara di Turki, group besar kami seramai 43 orang menuju ke Airport untuk pulang ke Malaysia. Setelah selesai check in bagasi, seluruh ahli kumpulan rehat di satu sudut sambil menikmati makanan bungkus yang disediakan. Berbaki 1 jam 30 minit sebelum terbang, saya sebagai tour leader group mengarahkan semua agar bergerak ke imegresen dan kastam untuk menuju ke Gate pelepasan.

Maka terjadilah sebuah kisah apabila seorang daripada kami terambil sebuah telefon bimbit jenis I Phone 11 Max Pro yang di cas berhampiran tempat kumpulan besar kami rehat. Beliau mengambil telefon tersebut dengan menyangka ianya adalah milik salah seorang daripada kalangan kami yang ketika itu sebahagian besar telah bergerak masuk ke dalam. Kesannya, pemilik telefon bimbit sebenar yang menyedari telefonnya tiada di tempat asal membuat laporan polis. Daripada rakaman cctv, polis berjaya menjejaki dan terus membawa keluar beliau dari Gate pelepasan walaupun kami cuba membantu dan menjelaskan isu sebenar. Ketika itu masa berbaki 40 minit sebelum berlepas. Setelah menghubungi pihak travel dan agent, saya mengambil keputusan tidak terbang bersama dengan group.

Peringatan. Turki mempunyai rangkaian cctv yang sangat luas sehingga dalam setiap kenderaan awam bus, metro dan lain-lain juga mempunyai cctv. Maka, jangan bermudah-mudah walaupun ia bertujuan baik, mungkin akan disalah tafsir. Jadikan ia sebagai pengajaran. Setelah polis airport membuat laporan atas kesalahan mencuri, tertuduh bermalam sehari di penjara sebelum di bawa ke mahkmah untuk pendakwaan keesokkan harinya. Pendakwa raya telah memutuskan tertuduh mesti melaporkan diri setiap hari Isnin setiap minggu sehingga siasatan selesai. Kami dimaklumkan tempoh siasatan sebelum ke pendengaran kes mengambil masa 2 hingga 4 bulan. Bukan itu sahaja, passport juga telah di ban dalam sistem dan tertuduh tidak dibenarkan keluar dari Turki. Subhanallah.

Perlukan peguam dan penterjemah

Sekadar gambar hiasan

Saya telah menghubungi seorang pegawai kedutaan juga persatuan dan individu untuk membantu isu ini. Konlusinya, kalau anda hadapi masalah di Turki, hubungilah individu kenalan anda atau persatuan pelajar kerana lebih berbaloi. Walaupun tidak beramal undang-undang, berbekalkan sedikit ilmu perundangan, saya bersama tertuduh kembali kembali ke Mahkamah untuk membuat rayuan agar kes ini dipercepatkan. Malangnya di mahkamah, tiada individu yang mampu berbahasa English.

Kes dikendali di Komplex Mahkamah Istanbul ( Istanbul Anadolu Aldiyesi) yang merupakan kompleks mahkamah terbesar di Dunia. Setelah 4 jam ditolak sana dan sini, barulah kami dapat bertemu dengan penterjemah asal kes ini yang kemudiannya membawa kami bertemu dengan pendakwa raya bagi buat rayuan. Rayuan kami telah ditolak mentah-mentah. Kes ini diklasifikasi sebagai kes jenayah kerana mencuri. Tempoh bantahan pendakwaan diberikan selama 7 hari dan kita boleh mencadangkan kepada mereka untuk kes ini dibicara di Malaysia dengan alasan yang dikepilkan.

Apabila ada kes macam ni, kita perlukan seorang peguam dan penterjemah undang2 ( judical translator) yang mewakili kita selesaikan kes ini. Setelah bertemu dan deal harga, kami telah membuat Notery awam pengakuan kami melantik peguam dan memberi hak untuk menjadi wakil kami. Setelah hak diberikan barulah peguam boleh membuka fail kita untuk proses seterusnya.

Kes ditarik oleh pengadu

Sekadar gambar hiasan

Alangkah terkejutnya, laporan polis menyatakan pengadu warganegara Magribi yang bekerja di Turki ingin meneruskan kes ini, walhal saya sendiri bertemu pengadu di airport pada malam kejadian, beliau menyatakan telah memberi kemaafan kpd tertuduh. Polis telah mengambil kesempatan mengambil tandatangan beliau atas laporan berbahasa Turkey. Mungkin polis nak kes ini diteruskan sebab tak nak bertanggungjawab flight telah berlepas.

Setelah seminggu berulang alik ke Mahkamah, Alhamdulillah kes ini telah ditarik oleh pengadu. Akhirnya, saya kongsikan beberapa tips apabila ada mempuyai masalah dengan pihak polis dan mahkamah di Turkey. Pertama, maklumkan kepada Tour Leader, Tour Guider, Agensi, Kedutaan, individu sekiranya anda di tahan di sana. Seterusnya, pastikan anda mengetahui isi laporan dan pendakwaan sebelum ditandatangani. Sila gunakan translate app. Walaupun keputusan awal telah keluar, masih ada peluang untuk rayuan, jangan duduk diam dan malu bertanya.

Oleh kerana kita orang luar, maka lantik peguam adalah yang paling tepat untuk selesai kan kes ini kerana mereka lebih mengetahui undang2 setempat. Yang terakhir, bersabar. Aboasma (14 Mac 2020), Istanbul Anadolu Aldiyesi, Kartal, Istanbul, Turkey.

Sumber: Mohd Firdaus Madzlan via Backpackers Buddies Malaysia (BBM)

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×