Pada peminat drama slot Akasia, pasti sudah sedia maklum bahawa Sara Ali digandingkan bersama Fahrin Ahmad dalam drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna (MJATS).
Artikel Berkaitan: MJATS Gagal Tarik Penonton Di Episod Pertama
Namun, menerusi pemerhatian kami, drama ini nampaknya kurang ‘hangat’ berbanding drama-drama sebelumnya. Malah, orang ramai lebih bercakap mengenai drama Selamat Pengantin Madu yang disiarkan dalam slot Lestari.
Hurm..kata mereka MJATS tak menyengat kerana Sara Ali dianggap tak layak memegang watak heroin. Sebaliknya, kontroversi pelakon senior itu dikatakan ‘kekwat’ dengan kru lagi panas daripada drama tersebut.
“Sepanjang empat bulan penggambaran itu Sara ada juga buat hal apabila dia tiba-tiba menjadi seperti watak Mel dalam drama tersebut iaitu sombong dan tidak mahu bertegur sapa dengan semua kru termasuk saya.
Memang perkara itu sedikit menyukarkan penggambaran kerana hubungan kru dan pelakon mula tidak baik dan rasa tidak selesa mula timbul bila dia ada di lokasi dengan perangai sebegitu. Tapi bagi saya ia hanyalah pengaruh watak kerana ada pelakon yang mudah terpengaruh dengan sesuatu watak.”
Wah.. nampaknya pengarah drama MJATS, Shuhaimi Lua Abdullah mengakui desas-desus yang kami dengar menerusi laporan mStar Online hari ini.
Namun, apa yang kami dengar daripada sumber-sumber, Sara Ali memang sejak azali berperangai sedemikian. Kononnya dia memang mempunyai sikap berlagak dan sombong.
Disebabkan attitude problem itu, namanya dikatakan tak berapa meletop di kalangan pelakon senior. Malah, seingat kami, gosip mengenai isu ini pernah kecoh di dada-dada akhbar suatu ketika dahulu.
Tak pelah. Apa yang penting, penggambaran drama MJATS sudah pun selesai minggu lalu dan hubungan Sara Ali dengan kru dikatakan sudah kembali pulih.
Kredit foto: Instagram Sara Ali