Minggu ketiga didatangi dengan cabaran besar buat para peserta Calpis Soda One In A Million apabila diberi tugasan lagu yang jauh daripada forte mereka.
Artikel Berkaitan: Calpis Soda One In A Million Episod Pertama Trending Nombor 1, Cipta Fenomena Buat Peminat Muzik Tanah Air
Artikel Berkaitan: #CSOIAM: Aina Abdul Puji Suara & Bakat Jimi, Percaya Boleh Menang Hadiah Sejuta – ‘Dia Perlu Diangkat’
Tidak letak ekspektasi tinggi
Menurut Sarah Ismail, segelintir peserta berdepan dengan lagu yang mereka sendiri tidak biasa didengari.
Ujarnya, dia berharap agar tiada pihak yang meletakkan ekspektasi terlalu tinggi terhadap para peserta.
Mereka ini kebanyakan adalah penyanyi balada yang hebat, tetapi kali ini diberikan lagu catchy dan fast yang langsung bukan kekuatan mereka.
Walaupun saya nampak usaha mereka, tapi meraka jujur tidak gembira dengan lagu yang diterima.
Orang ingat penyanyi yang bagus ini diberikan lagu apapun boleh sampaikan dengan sempurna, tapi tidak.
Mereka bukan sahaja perlu berlatih menyanyi, namun mereka juga harus melengkapkan keseluruhan persembahan termasuklah menari.
Mereka ini masih baharu dalam bidang ini, jadi saya harus mendidik sebaik mungkin.
Minggu ini juga kita dapat melihat drama antara Sarah dan Rezza Shah.
Kejadian ini terjadi apabila difahamkan Rezza yang datang lambat, tidak hadir sesi warming up dan tidak membawa keperluan asas.
Masa top 20, kita fight untuk dia, tapi bila dah masuk, gaya macam tak nak.
Tapi lepas teguran keras, Rezza menunjukkan peningkatan drastik.
Kadang-kadang saya kena buat begitu untuk buka mata mereka. Disiplin adalah nombor satu kalau nak bergerlar One In A Million.
Komen-komen juri profesional
Dalam pada itu, Sarah bersyuku dengan komen yang diberikan daripada juri profesional yang membuka perspektif baharu untuk mendidik peserta-peserta CSOIAM.
Tambahnya lagi, tugasan minggu keempat bakal menjadi mimpi ngeri buat peserta.
Ada komen juri yang saya tak sentuh semasa rehersal, dan itu membuka perspektif baharu untuk saya.
Walau bagaimanapun, tema minggu hadapan adalah Sinergi Muzik iaitu lagu gabungan ini bukan mudah.
Lagu-lagu ini kena berkawan, kena jadi harmoni.
Tugasan ini memerlukan peserta memahami struktur lagu dengan mendalam agar dapat mencipta persembahan yang bermakna.
Persaingan diteruskan dengan baki 8 peserta yang akan berentap mengikut tema ‘Sinergi Muzik’, menjanjikan hiburan yang penuh tak terhingga.
Saksikan aksi hebat dari Rezza Shah, Mariam, Alya Mardien, Kai Deva, Zazzleen, Marygrace, Jimi dan Eylia Guntabid.
Teruskan menyaksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton.
Undi peserta kegemaran anda, kerana 40% undian berada di tangan anda manakala 60% lagi ditentukan oleh juri profesional.
Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.