Wanita yang mengaku bekas kekasih gelap kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine berkongsi perkembangan terkini mengenai perintah mahkamah yang diusulkan aktor berkenaan sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Nasihat Wanita Dedah Mesej ‘Nakal’ Dengan Amir Ahnaf Berhenti ‘Spill Tea’ – ‘Take Down Posting & Suruh Dia Minta Maaf’
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Parodi Video Ruhainies ‘Tak Pandai Nangis’, Letak Kapsyen ‘Hang Memang Fk’
Berdamai
Menerusi perkongsian di Instagram, Sarah memaklumkan, konflik yang berlaku antara mereka berdua telah diselesaikan dengan cara baik.
Seperti yang diketahui, saya dan Aliff telah terlibat dalam pergaduhan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonan mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.
Saya gembira untuk kemas kini bahawa kami telah capai penyelesaian secara baik bagi pertikaian tersebut melalui pengantaraan di Kluster Penyelesaian Mahkamah Negeri.
Perkara ini telah dimuktamadkan dengan baik dan berkesan.
Menerusi hantaran sama, wanita asal Singapura itu menitipkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga yang tidak henti memberi sokongan sepanjang perintah mahkamah dikeluarkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah menyatakan sokongan untuk saya sejak beberapa bulan lalu.
Saya amat berterima kasih atas semua kasih sayang yang dikirim rakan, keluarga dan penyokong.
Saya amat gembira perkara ini telah capai kata sepakat dan kesimpulannya.
Terdahulu, Sarah memberitahu dia telah mendapat perintah mahkamah melarang dirinya mengulas atau memuat naik kandungan menyentuh mengenai pelantun lagu Sayang-Sayang itu.
Sumber: Instagram