Pelakon Julia Farhana tampil memohon maaf kepada aktres Lufya Omar selepas mendedahkan suaminya, Dr. Che Hafiz masih menyimpan baju anak perempuan, Laana Haura di dalam almari.
Artikel Berkaitan: Berang Julia Farhana Petik Nama Anak, Lufya Warning Dedah Video ‘Sejarah Hitam’ Bekas Suami – ‘Fitnah Kepala Otak Kau!’
Minta maaf baru perasan
Menerusi Instagram Stories, Lufya berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan mesej Julia meluahkan rasa kekesalan, pada Sabtu.
Jelas Julia, 29, dia tidak tahu kenyataan itu menjadi bahan di sebuah portal. Kata pemilik nama Julia Farhana Marin, dia hanya memuji keperibadian Hafiz yang baik sebagai seorang suami.
Dah minta maaf kali kedua
Dalam pada itu, Lufya memberi peringatan kepada Julia untuk tidak lagi mengaitkan nama anak perempuannya. Tegas Lufya, dia dan Haura bahagia hidup bersama.
Selain itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar berharap agar ‘drama’ ini dihentikan dan masing-masing membawa haluan sendiri.
Sarang tebuan jangan dijolok. Dah jolok lepastu minta maaf kat WhatsApp. Kemudian senyap jolok lagi! Siapa yang tak move on ni?
Saya cukup bahagia dengan anak. Dah minta maaf tolong diam! Saya pun letih nak layan semua ini.
Saya dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitif. Awak bahagia cara awak, saya bahagia dengan anak. Bahagia cara korang dan jangan sentuh anak saya yang tidak dapat haknya.
Dah tak dapat hak lepas itu korang ‘drama’ lagi seolah-olah korang malaikat. Siapa tak marah? Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah. Berhenti.
Difahamkan, kemarahan Lufya dipercayai berpunca selepas Julia meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan yang dibuat ke atas suaminya. Julia juga menyifatkan Dr Che Hafiz seorang lelaki yang baik malah masih menyimpan baju Haura di dalam almari.
Untuk rekod, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020. Dr Che Hafiz kemudiannya berkahwin dengan Julia pada 14 Disember tahun lalu.
Sumber: Instagram Lufya