berita

Sarat Dengan Konflik & Iktibar, Penonton Mahukan Drama Budak Tebing 2 Selepas Ini

April 10th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, drama rantaian popular Budak Tebing arahan Feroz Kader di TV3 telah melabuhkan tirainya. Plot penceritaan sarat dengan pengajaran yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat itu ternyata menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia.

Rata-rata netizen memuji dan berpuas hati dengan ending drama itu malam tadi. Malah, mereka turut berharap Budak Tebing 2 bakal diterbitkan dan menghiasi slot Lestary pada masa akan datang.

Kisah persahabatan, kasih sayang dan isu semasa

https://www.youtube.com/watch?v=k1sbFuapRmU

https://www.youtube.com/watch?v=r8oy04J2-0k

https://www.youtube.com/watch?v=ehX7WdULUfo

Drama yang dibintangi oleh Adam Lee (Arif), Aedy Ashraf (Tongki), Bella Downna (Laura), Eyka Farhana (Ira), Firdaus Ghudran (Talam) & Faris Isqandar (Yoyol) ini penuh dengan pengajaran dan teladan untuk para penonton. Antaranya, hubungan persahabatan di antara Arif, Tongki dan Laura. Mereka berusaha mengembalikan semula hubungan persahabatan mereka selepas Tongki pulang semula ke kampungnya untuk mendapatkan kembali tanah arwah emaknya dan Arif pula sudah dibebaskan dari sekolah Henry Gurney atas tuduhan membunuh kawan baiknya iaitu Kodi.

Di samping itu, drama 13 episod ini turut mengetengahkan kisah kehidupan budak lorong, Ira yang dilakonkan oleh Eyka Farhana. Walaupun ibu Ira merupakan seorang pelacur, dia tetap menyayangi anaknya dan tidak mahu anaknya terjerumus ke arah pelacuran juga. Namun, kehidupan Ira dimusnahkan oleh bapa kandungnya sendiri sewaktu dia menetap di rumah Laura.

Kemunculan watak abang Lan yang merupakan scammer dan tokan dadah yang mengaburi mata penduduk kampung juga merupakan salah satu tarikan drama ini. Watak antagonis yang dilakonkan oleh abang Lan, menunjukkan bahawa orang yang baik tak semestinya baik.

One of the impactful drama

I need Budak Tebing 2

Di Twitter, rata-rata netizen memberi pujian kepada pengarah drama Budak Tebing kerana menghasilkan satu karya yang luar biasa dan sesuai dengan generasi sekarang. Pada masa yang sama, Tweet netizen ini turut dibalas salah seorang pelakon utama drama tersebut iaitu Aedy Ashraf. Pelakon itu mengucapkan ribuan terima kasih buat penonton yang menonton drama tersebut dan sekiranya dia menerima 30k retweet, drama Budak Tebing 2 mungkin akan diterbitkan.

Sumber: TV3 & Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×