
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim tampil memberi respons selepas namanya menjadi sasaran susulan kenyataan pelakon Puteri Balqis yang mendakwa dirinya dikhianati.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sarimah Ibrahim Sambung Pengajian, Mahu Jadi Inspirasi Untuk Anak
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Tolak Tawaran Siri Antarabangsa, Adegan Berc*um Bercanggah Dengan Prinsip & Moral
Panggilan ‘auntie’

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah, 48, mengakui tidak kisah apabila dipanggil dengan gelaran ‘auntie’.
Bagaimanapun, Sarimah menegaskan bahawa dia tidak boleh menerima penggunaan kata-kata kasar mahupun kenyataan yang boleh mengundang fitnah terhadap dirinya.
Saya okey saja.
Memang pun auntie.
Tapi saya tak okey dengan kata-kata kasar, kurang ajar atau mengundang fitnah.
Itu saya tak boleh terima.
Sebelum ini, Puteri Balqis meraih perhatian apabila membuat hantaran yang ditujukan kepada Sarimah menerusi Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mengucapkan terima kasih kepada Sarimah kerana memberikan kata-kata semangat menerusi mesej peribadi (DM).
Keadaan mula menjadi perhatian apabila Aqish mendakwa Sarimah bersikap berbeza ketika berhubung secara peribadi berbanding di hadapan orang ramai.
Sumber: Threads








