berita

Sarkas Muzikal Pertama Di Malaysia Kini Dibuka Di Johor Bahru, Orang Johor Dah Tahu Belum?

August 29th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Siapa kat sini yang pernah pergi sarkas? Admin sendiri pun tak pernah pergi. Dapat tengok sarkas ni pun kat tv je. Sarkas ni kan selalunya dibuat di luar negara. Macam mana kalau tengok dengan mata sendiri? Best tak ek? Teringin pulak.

Haa.. Siapa yang teringin sangat nak tengok sarkas depan mata sendiri tu? Meh tengok sini. Admin ada benda menarik nak bagitahu korang. Terutamanya orang Johor. Korang mesti suka bila dapat tahu ni.

MCM London Musical Circus kini dibuka di Johor Bahru

Biar betul? Orang Johor kena tahu ni. Sarkas muzikal secara tertutup pertama di Malaysia, iaitu MCM London Musical Circus kini dibuka di Capital City Mall, Tampoi, Johor Bahru. Siapa yang duduk Johor tu mesti tahu kat mana kan?

Info menarik! MCM London Musical Circus merupakan taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara. Power tu. Banyak konsep yang MCM Studio Entertainment Group Sdn. Bhd. dan Big Kid Entertainment Group bawa. Pengalaman diorang pun dah lebih 70 tahun. Patut la amazing!

Kelainan di MCM London Musical Circus, gerun beb

MCM London Musical Circus menggabungkan aksi stunt yang bertenaga, kemahiran sarkas tradisional, muzik dan tarian menarik. Kalau sarkas biasa ada binatang macam gajah, harimau, singa dan lain-lain. Ni tak ada binatang langsung. Lain daripada yang lain!

Paling menarik tentang MCM London Musical Circus, diorang bawakan konsep ‘The Greatest Showman‘, filem blockbuster Hollywood yang pernah ditayangkan di Malaysia. Gempak gila! Kalau yang suka tengok movieThe Greatest Showman‘ kat wayang tu mesti nak pergi sarkas ni. Hehe.

Lebih daripada 30 orang professional sarkas antarabangsa yang terlibat. Daripada UK, British, Chile , Columbia, Mexico, Russia, Ukraine, dan Bulgaria. Hebat tak? Confirm korang gerun tengok persembahan diorang kat MCM London Musical Circus. Ngeri wei.

Harga tiket mahal tak? Korang tak payah risau. Harga sangat berbaloi! Bawak anak korang sekali. Budak-budak mesti suka pergi sarkas, fantasi diorang. Admin pun masa kecil suka jugak benda fantasi ni. Boleh la ajak keluarga dan member korang spend time kat MCM London Musical Circus. Yay!

David Beckham pun bawa family datang sarkas kat London tau

Kalau nak tahu, setiap tahun, pemain kelab bola sepak Manchester United akan bawak keluarga diorang untuk datang ke sarkas di London. David Beckham pun tak terkecuali. Tak tipu ni. Terbukti yang sarkas antara tempat ideal untuk korang spend time dengan keluarga atau member korang.

Persembahan Cage Motorbike memegang rekod dunia Guinness

Wow! Baru tahu ada persembahan macam ni. Salah satu persembahan di MCM London Musical Circus, iaitu Cage Motorbike merupakan pemegang rekod dunia Guinness tau. Kira power jugak la persembahan diorang ni kan? Syoknya!

Mesti korang dah mula teruja nak datang ke MCM London Musical Circus kan? Paling best, sekarang ada promosi untuk pembelian tiket tau. Promosi apa tu?

Promosi hebat tiket MCM London Musical Circus, beli 1 percuma 1

Take note! The Greatest Showman akan dipersembahkan setiap hari pada masa yang berbeza sepanjang minggu. Paling istimewa, diorang tengah buat Promosi Beli 1 Percuma 1, sampai bulan September 2018. Alamak, kena cepat la kalau macam ni! (KLIK SINI UNTUK BELI TIKET)

Kalau korang nak tiket ke pertunjukan MCM London Musical Circus, kena cepat okay? Sebab jualan secara online pun dah lebih 1000 tiket terjual dalam 3 hari je. Peh! Dah la ada promosi hebat. Nampak sangat semua tak nak lepaskan peluang berharga ni.

Mesti dah tak sabar nak pergi ke MCM London Musical Circus kat Capital City Mall, Johor Bahru kan? Baik pergi ramai-ramai. Lagi seronok. It’s the greatest show! Jom kita enjoy..

MCM London Musical Circus
Level 8, Capital City, Tampoi, Johor Bahru

Online ticket: www.greatestshowman.net
Offline ticket: Kaunter belian tiket di Capital City
Hotline: 016-4071880

 

SKIP THIS AD ×