Pempengaruh dan usahawan, Sasha Abdul Aziz tampil menjelaskan mengenai pokok krismas yang diletakkan dalam rumahnya.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Berang Dituduh Tak Ajar Anak Berhenti Hisap Puting – ‘Jangan Menyibuk, Saya Tahu Cara Didik Anak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kisah Abang Tesla Buat Saya Teringat Kenapa Tak Kahwin Lelaki Melayu’ – Sasha Abdul Aziz
Pokok krismas
Menerusi hantaran di Instagram Story, Sasha berkata, pokok tersebut sebagai sambutan kecil untuk dua pembantu rumahnya yang beragama Kantolik menyambut perayaan Hari Natal.
Saya mempunyai dua orang pembantu yang beragama Katolik dan mereka perlu menyambut Krismas setiap tahun.
Saya membenarkan mereka untuk meraikan sambutan Krisma di dalam rumah.
Malah, sebelum mereka keluar pergi gereja, mereka menyediakan keluarga saya dengan pencuci mulut.
Dalam pada itu, Sasha berkata, pokok krismas tersebut dihasilkan dan dihias sendiri oleh dua pembantu rumahnya.
Mereka tiada sesiapa untuk meraikan Krismas di sini (Malaysia). Saya benarkan mereka buat hiasan kecil dalam rumah dan sambut sesama mereka berdua. Pokok itu juga mereka yang hiasa dan susun sendiri.
Terdahulu, Sasha dikecam gara-gara sepotong video memperlihatkan pokok krismas di dalam rumah.
Sumber: Instagram