Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz memberitahu perasaan cinta bukan terletak kepada penampilan seseorang semata-mata.
Artikel berkaitan: ‘Aku Selalu Terfikir Tak Apa Seksi Janji Hati Baik Tapi..’ – Sasha Abdul Aziz Dedah Pernah Buka Hijab Lepas Diuji Masalah Bisnes
Artikel berkaitan: Didakwa Pakai Hijab Sebab Perniagaan Sudah Sendu, Sasha Abdul Aziz Bidas Mulut Jahat Netizen – ‘Tiada Istilah Marketing’
Cinta suami berubah?
Menerusi hantaran di Instagram Story, Sasha membalas pertanyaan pengikut yang bertanyakan sama ada cinta suaminya berubah selepas dia mengenakan hijab.
Menurut Sasha, cinta yang tulus tidak bergantung kepada pemakaian tudung dan dia bersyukur cinta suaminya masih kekal utuh.
Kalau cinta itu tulus ikhlas bertudung ke tak bertudung ke dia tetap akan cinta kita. Allah yang pegang hati manusia. Kita cinta Allah, Insya-Allah Allah mesti bagi yang terbaik dekat kita.
Alhamdulillah suami masih sayang, tak pernah pudar. Dia banyak ikut cara saya sekarang.
Terdahulu, Sasha tampil menjelaskan penghijrahannya dibuat selepas pulang dari menunaikan umrah dan merupakan kemahuan dirinya sendiri.
Untuk rekod, Sasha mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki dipercayai berasal dari Australia yang dikenali sebagai Daily Doseof Liu dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram