berita

‘Satu Batang Pun Kita Layan’ – Respon Tuan Kedai Bila Dapat Pesanan Secucuk Sate.. Lawak!

April 6th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berjalan, mesti banyak kejadian lucu yang berlaku di rumah. Ada sahaja ragam anak-anak yang boleh membuatkan ibu bapa terhibur. Macam-macam hal!

Seperti perkongsian wanita ini, adik bongsunya mahu memesan sate secara online. Entah bagaimana sate yang sampai hanya secucuk sahaja. Lawak!

Tersalah tekan

Adoiii laa adik aku ni. Dia nak order satay 10 cucuk. Terorder satu cucuk je. Mesti abg food panda tu gelak mengekek… Hahahaha

Menceritakan kembali ragam lucu si adik, kakak sendiri tidak tahan gelak apabila melihat sate yang diterima. Pada asalnya si adik mahu memesan 10 cucuk sate tetapi terdapat kesalahan pada pesanan menyebabkan hanya secucuk yang sampai!

Dapat tak kuah?

Sori laa semua. Adik saya ni jenis lurus. Sebenarnye dia tak reti guna apps foodpanda. Selama ni dia expert guna apps grabfood.

Harini dia try guna foodpanda. Dia nak order satay 10 cucuk terorder 1 cucuk dan dia jadi gabra tak tahu nak cancel mcm mana.

Untuk owner satay mintak ampun sebab adik sy terorder satu. Dia sebenarnya nak order 10 tp terorder 1. Dia cakap satay tu sedap. Untuk abg foodpanda tangkiuu sebab tolong hantarkan walau secucuk satay. Papepon stay think positif ya…

Apa yang lebih menggelikan hati apabila sate dan kuah dibungkus secara asing di dalam plastik kecil. Alahai.. macam manalah agaknya orang kedai bila dapat pesanan tu ye?

Sebatang pun kita layan

Perkongsian menghiburkan di ruangan RCM ini mendapat respon daripada tuan punya kedai, Syahmi Ikmal Syafrial. Katanya, ketika kejadian sate dibungkus oleh anak buahnya yang baru berumur 13 tahun. Disebabkan itu, dia tidak perasan berkenaan ‘pesanan secucuk’ dan terus dihantar kepada pelanggan. Apa-apa pun dia berterima kasih di atas pesanan dan akan meningkatkan lagi prestasi jualan mereka.

Sumber : RCM , Liza Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×