Di TikTok, seorang doktor wanita berkongsi kisah mengenai pesakitnya yang dijangkiti HIV.
Ramai yang datang
Foto: Sekadar gambar hiasan
Menurut doktor berkenaan, semuanya bermula apabila dia ditukarkan ke sebuah klinik kesihatan di kawasan kampung. Dia menerima seorang pesakit lelaki yang disahkan menghidap penyakit jangkitan kelamin.
Awal tahun ini, saya ditukarkan ke sini. Kawasan ini semua penduduk ialah orang Melayu dan beragama Islam. Kes awal saya mengenai penyakit jangkitan kelamin atau lebih dikenali sebagai STD. Pesakit saya seorang lelaki muda, kacak dan sado. Agak kekok untuk kami bersembang dan dia mohon untuk berjumpa staf lelaki.
Kebetulan pada hari tersebut, satu-satunya staf lelaki di situ mengambil cuti panjang. Jadi pesakit itu terpaksa berjumpa dengan saya. Wajahnya tidak dapat menahan kesakitan pada waktu tersebut. Dia terpaksa berterus terang dan memberitahu bahawa saluran kencingnya sakit dan pedih.
Tidak mempunyai alternatif yang lain, pesakit berkenaan terpaksa akur dan terpaksa menunjukkan alat kelaminnya untuk tujuan pemeriksaan.
Sebaik sahaja seluar ditanggalkan, satu bilik bau busuk. Alat kelaminnya bengkak, mengelupas dan bernanah.
Tambah doktor yang enggan identitinya didedah, pesakit tersebut menafikan pernah melanggan pelacur. Bagi memulakan proses rawatan, sampel darah telah diambil dan suntikan ubat bagi penyakit kelamin turut diberikan.
Saya beri dia ubat untuk makan dekat rumah juga sebelum kembali ke klinik untuk mengetahui keputusan ujian darah. Sebaik sahaja keputusan keluar, pesakit tersebut positif HIV. Pesakit berkenaan menangis dan akhirnya membuat pengakuan bahawa dia seorang gay.
Bila ditanya berapa ramai pasangan, lelaki itu berkata terlalu ramai. Saya suruh dia ajak mereka semua lakukan pemeriksaan dan buat ujian darah. Meriah klinik saya apabila 30 orang lelaki hadir untuk melakukan ujian darah. Kesemua mereka pernah melakukan seks dengan pesakit tersebut.
Ujar doktor itu lagi, daripada semua yang datang, hanya seorang sahaja positif HIV. Terbaru, doktor tersebut memberitahu ada seorang remaja berusia 16 tahun datang untuk mendapatkan rawatan STD. Sebagai seorang doktor, beliau berharap ujian darah remaja tersebut negatif.
Sumber: TikTok