Semalam, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, menyantuni gadis orang kelainan upaya (OKU), Bella.
Penghormatan besar untuk saya
Adalah satu penghormatan besar untuk saya bertemu Adik Bella serta rakan-rakannya. Semoga Adik Bella, rakan-rakan dan juga sekalian kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
Di Instagram, Che’ Puan Besar Khaleeda berkongsi detik istimewa sewaktu bertemu gadis berkenaan di taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland). Menurut Khaleeda, berjumpa dengan Bella merupakan satu penghormatan yang besar buat dirinya. Menerusi foto yang dikongsikan, Khaleeda dilihat sedang memberikan hadiah buat Bella dan memeluk gadis itu. Kedua-dua mereka kelihatan tersenyum dan gembira sewaktu bertemu.
Perlu diberi perlindungan
Khaleeda turut berdoa supaya Bella, rakan-rakan dan kanak-kanak di seluruh negara sentiasa dilindungi Allah SWT.
Semoga ia dapat memberi sedikit keceriaan dan kegembiraan kepada mereka. Amat penting untuk golongan ini diberi perlindungan sewajarnya dan mereka juga berhak untuk menjalani kehidupan biasa seperti insan lain.
Selain Bella, pasangan berkenaan turut mencemari duli menyantuni beberapa kanak-kanak istimewa lain.
Sumber: Che’ Puan Khaleeda