berita

‘Saudara Tabligh Ku, Pergilah Buat Saringan Di Hospital…’

March 19th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Risau akan keadaan semasa, seorang pengguna Facebook iaitu Ir Abdul Rahman Bahasa bertindak menulis sebuah warkah rayuan terbuka buat saudara tabligh yang menghadiri sebuah perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Warkah rayuan terbuka

Warkah rayuan terbuka buat saudara tabligh ku. Assalamualaikum Saudara Tabligh ku. Saya menulis tulisan terbuka ini apabila saya melihat jumlah kes positif COVID-19 harini masih meningkat di negara kita. Setakat 5 petang, 18 Mac 2020.Sebanyak 790 kes telah dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini bermaksud 117 kes baharu jika dibandingkan dengan jumlah kes yang dilaporkan semalam.

Saudaraku, Ya, kita tidak menjangka perkara ini boleh terjadi di Markaz Sri Petaling dan terutamanya di waktu Jord Qudama & Ulama tempoh hari. Ya, tidak semua kes positif COVID-19 adalah berpunca daripada anda sekalian. Ya, saya akui ada yang lain juga yg menyumbang kepada nombor 790 kes yg dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini.

Namun, apabila di ambil kira 65% atau 513 dari 790 kes yang dilaporkan hari ni adalah daripada rakan2 kita yang hadir Jord Qudama & Ulama di Sri Petaling tempoh hari. Ini menggusarkan saya dan sesuatu perlu dilakukan. Kenapa saya gusar? Kerana tidak semua saudara2 kita yang ada semasa Jord telah menyerahkan diri mereka untuk membuat saringan kesihatan.

Wabak ini merebak amat tinggi

Mereka masih berada di kalangan masyarakat kita. Dan risiko untuk wabak ini merebak amat tinggi jika perkara ini tidak diambil tindakan serius. Berdasarkan ucapan daripada Perdana Menteri kita sebentar tadi. Ada potensi untuk Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan lebih lama jika keadaan sekarang tiada perubahan ketara dalam masa terdekat.

Saudaraku, ekonomi kita semakin merudum semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini dilaksanakan. Bila ekonomi kita semakin merudum,ramai hilang mata pencarian untuk 2 minggu akan datang. Bila ramai yang hilang mata pencarian, maka ramai yang melalui kesusahan hidup. Bila ramai yang susah, ramai yang tertekan kerana tidak dapat membayar komitmen dan hutang piutang mereka. Berdasarkan situasi di atas. Kita pelu mengutamakan maslahah ummah lebih daripada segalanya.

Saudaraku, Ramadhan semakin hampir. Moga dengan usaha anda yg sedikit ini untuk pergi membuat saringan akan mengurangkan lagi risiko penyebaran wabak ini. Apabila risiko berkurang, wabak ini lama2 akan berakhir dengan izin Allah swt. Maka sahabat-sahabat kita akan kembali menjalani kehidupan mereka seperti sedia kala. Yang paling penting, sahabat-sahabat kita dapat menjalankan ibadah mereka dan menghayati Ramadahan yang bakal kunjung tiba. Dan anda juga dapat kembali merancakkan kembali usaha dakwah anda. Oleh itu, saya merayu sangat2 kepada anda yang belum membuat saringan untuk pergi membuat saringan di mana2 pusat saringan COVID-19 yang disediakan oleh pihak kerajaan kita.

Pujuk dan rayu mereka ke hospital

Hanya anda tahu siapakah mereka. Maka, sampaikan lah berita ini kepada saudara2 tabligh saya yg lain. Pujuk dan rayu lah mereka untuk ke hospital membuat saringan. Ada 60 hospital dan pusat perubatan di negara kita yang menyediakan khidmat ini. Senarai lengkap hospital2 dan pusat perubatan tersebut adalah seperti di bawah:

PERLIS
1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar

KEDAH
2. Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar
3. Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani
4. Hospital Kulim

LANGKAWI
5. Hospital Sultanah Maliha, Langkawi

PENANG
6. Hospital Pulau Pinang
7. Hospital Seberang Jaya
8. Hospital Bukit Mertajam
9. Hospital Kepala Batas

PERAK
10. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh
11. Hospital Taiping
12. Hospital Teluk Intan
13. Hospital Seri Manjung
14. Hospital Slim River

SELANGOR
15. Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang
16. Hospital Ampang
17. Hospital Selayang
18. Hospital Serdang
19. Hospital Sungai Buloh
20. Hospital Shah Alam
21. Hospital Kajang
22. Hospital Banting

KUALA LUMPUR /PUTRAJAYA
23. Hospital Kuala Lumpur
24. Hospital Putrajaya
25. Pusat Perubatan Universiti Malaya

NEGERI SEMBILAN
26. Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
27. Hospital Jempol
28. Hospital Tampin
29. Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah

MELAKA
30. Hospital Melaka
31. Hospital Alor Gajah
32. Hospital Jasin

JOHOR
33. Hospital Sultanah Aminah, JB
34. Hospital Sultan Ismail, JB
35. Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
36. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
37. Hospital Enche’ Besar Hjh Kalsom, Kluang
38. Hospital Segamat

PAHANG
39. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
40. Hospital Sultan Hj Ahmad Shah,Temerloh
41. Hospital Kuala Lipis

TERENGGANU
42. Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT
43. Hospital Hulu Terengganu
44. Hospital Kemaman

KELANTAN
45. Hospital Raja Perempuan Zainab II, KB
46. Hospital Tanah Merah
47. Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
48. Hospital Tumpat

W.P LABUAN
49. Hospital Labuan

SABAH
50. Hospital Queen Elizabeth, KK
51. Hospital Duchess of Kent, Sandakan
52. Hospital Tawau
53. Hospital Wanita dan Kanak2, Likas
54. Hospital Lahad Datu
55. Hospital Keningau

SARAWAK
56. Hospital Umum Sarawak, Kuching
57. Hospital Miri
58. Hospital Bintulu
59. Hospital Sibu
60. Hospital Sarikei

Ayuh saudaraku! Gerakkan kaki anda selepas subuh esok. Anda mampu melakukannya. Moga usaha anda akan diberi ganjaran yang belipat kali ganda oleh Allah swt. Amin. Yang Benar, Saudaramu Abdul Rahman Bahasa

Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×