Siapa sahaja tidak kenal dengan bintang filem seni mempertahankan diri, Jackie Chan yang baru-baru ini telah menawarkan 1 juta yuan (RM587,709) kepada sesiapa sahaja yang mampu menghasilkan penawar untuk merawat wabak coronavirus yang melanda negara China itu.
Jackie Chan prihatin
Menerusi laporan New Straits Times, bintang Hong Kong ini telah memuatnaik satu perkongsian di aplikasi Weibo dengan meluahkan rasa simpati dan keprihatinannya terhadap wabak coronavirus yang semakin membimbangkan ini sehingga telah meragut beratus-ratus nyawa.
Tambahnya lagi, dia amat percaya bahawa kecanggihan sains dan teknologi mampu menjawab dan menyelesaikan segala permasalahan yang timbul ini.
Tidak kira mana-mana individu atau organisasi yang berjaya menghasilkan penawar koronavirus, saya mahu berterima kasih kepada mereka dengan jumlah 1 juta yuan.
Tawar 1 Juta Yuan
Seniman itu walau bagaimaapun sangat berharap agar orang ramai tidak menyalah erti dengan mempersoalkan niatnya itu. Tambahnya lagi, tawaran yang dibuat itu bukanlah kerana wang semata-mata tetapi sebaliknya adalah untuk membantu menyembuhkan mereka yang dijangkiti wabak coronavirus.
Ini bukan soal duit. Saya tidak mahu lagi melihat jalan-jalan yang semakin sepi dan rakan-rakan senegara saya berperang dengan virus itu sehingga ada yang sudah terkorban sedangkan mereka patut menikmati kehidupan.
Perkongsian tersebut walau bagaimanapun telah mendapat respon yang baik daripada pengguna media sosial dan mereka juga turut meluahkan rasa terharu dengan sikap keprihatinan dan belas kasihan yang ditunjukkan oleh bintang popular ini.
Sumber: New Straits Times, The Star