Beratnya dugaan seorang bapa apabila isteri yang masih dalam berpantang disahkan meninggal dunia akibat darah beku di saluran jantung. Tak cukup dengan itu kini anaknya yang berusia 2 bulan pula dijangkiti kuman separuh badan. Sedihnya baca luahan dia.
Separuh badan dijangkiti kuman
Baby Ayesha 41 hari jadi yatim. Ibu pergi dijemput Allah. Belum kenal siapa wajah ibu. Belum puas merasa susu. Tapi ayesha ada ayah. Ayah dah janji utk jaga Ayesha sebaiknya. Moga ayahda Izrul Mat Taib tabah. Baru setahun bergelar suami. Sebulan lebih bergelar ayah. Tp ayah di uji lagi, belum hilang lagi kesedihan awak adik. Lepas beberapa hari pemergian isteri tersayang, baby Ayesha pula jatuh sakit. Hampir separuh badan dijangkiti kuman. Ya Allah…..moga awak kuat Izrul.
Awak ckp awak redha. Kerana dah kering air mata utk menangis. Kuat demi baby Ayesha Izrul. Allah tak zalim. Ada hikmah dalam tiap pengaturannya. Kepada semua sahabat. Mari kita sama-sama bantu baby Ayesha. Moga dengan sumbangan yang tidak seberapa dapat meringankan beban. Dapat menampung kos perubatan. Dapat membantu sahabat kita. Allah jua dpt mmbalasnya. Detail no akaun.
Maybank
151052259389
Mohamad izrul bin mat taib
*baby selamat diambil air tulang belakang untuk susulan.
Luahan sedih bapa
Hari ni saya gi hospital kuantan ngan ayah…betul la kate ibu sebelum ibu pergi. Dia suruh ayah je bawak Ayesha sebab ibu taknak pergi dia nak berehat katanya. Rupanya dia dah bagi mesej awal awal dia nak berehat untuk selamanya.
Takpelah ayah redha tenanglah ibu disana. Terima kasih sebab sanggup sehidup semati dengan saya selama 16 bulan, saya happy sangat walau kejap. Ayah akan jadi terbaik untuk Ayesha.
Dah kering air mata menangis
Menurut kakak kepada isteri lelaki ini, arwah meninggal dunia pada 14 Januari 2020 lalu disebabkan darah beku di saluran jantungnya. Arwah pergi di usia 25 tahun meninggalkan anaknya yang berusia 41 hari bersama suaminya. Sebaknya. Semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sumber : Siti Rahmah Mehad, Izrul Mat Taib.