berita

‘Saya Akan Kongsi Apabila Tiba Masanya & Selepas Dapat Persetujuan Isteri’

April 21st, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon, MK K-Clique berkata, dia akan bercakap mengenai spekulasi isterinya berbadan dua apabila tiba masa yang sesuai.

Artikel Berkaitan: Awie Nampak Bakat & Kebolehan Ben Amir, MK K-Clique

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Akui Sukar ‘Mengorat’ Siti Hajaar – ‘Susah Sangat Dia Sombong’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, MK & Siti Hajar Dikecam Netizen

Enggan nafi atau mengiyakan

Menerusi temu bual bersama OhBulan! MK enggan menafi atau mengiyakan dakwaan netizen berhubung isterinya, Siti Hajaar sedang hamil.

Saya akan kongsi apabila masa yang sesuai dan selepas dapat persetujuan dengan isteri Insya-Allah. Macam-macam netizen cakap dan nampak. Tidak salah kerana apa yang penting, mereka mendoakan yang baik-baik untuk kami. Saya harapkan doa itu.

Saya tahu netizen akan nampak. Namun, bagi saya, hendak cakap saya belum bersedia, itu tidak. Namun, ini adalah keputusan yang kami perlu ambil sama-sama, sama ada mahu kongsi atau tidak. Kita perlu tahu kesan apabila kita kongsi sesuatu perkara itu.

Tambah MK, keputusan tidak mahu mengulas mengenai hal tersebut dibuat atas faktor peribadi.

Saya pilih cara ini kerana ia terlalu peribadi. Saya pun macam orang lain. Saya perlukan sedikit privasi. Jadi, apabila masanya tiba, kita akan kongsi. Tetapi, saya tidaklah sorok. Macam mana hendak sorok.

MK ditemui pada majlis tayangan perdana filem Rebel: Berontak Untuk Berotak di TGV The Starling Mall, Jumaat lalu.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×