berita

[VIDEO] MK K-Clique ‘Blur’ Momen Cium Isteri Ketika Bermaafan Di Hari Raya Raih Perhatian – ‘Walaupun Halal Tetap Menghormati’

April 17th, 2024 | by Alia
Kini Trending

Tahun ini merupakan tahun pertama penyanyi rap popular MK K-Clique meraikan hari raya bersama isteri tercinta, Siti Hajaar.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Akui Sukar ‘Mengorat’ Siti Hajaar – ‘Susah Sangat Dia Sombong’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, MK & Siti Hajar Dikecam Netizen

Netizen puji

 

View this post on Instagram

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

Menerusi hantaran di Instagram (IG), MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dan Hajaar kelihatan sedondon mengenakan pakaian berwarna hitam.

Pasangan itu dilihat sedang bersalam-salaman dan bermaaf-maafan di pagi Aidilfitri.

Alhamdulillah raya tahun ada moment pertama kali kami sebagai suami isteri bermaafan di pagi raya.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah isteriku, keluargaku, sahabat-sahabat ku dan semoga mereka semua sentiasa dalam lindunganNya.

Paling menarik perhatian adalah apabila penyanyi berasal dari Sabah itu mencium isterinya dan bertindak mengaburkan momen tersebut daripada tontonan umum.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan MK kerana menjaga sensitiviti.

Bagus MK dan isteri, blur part tu walaupun dah halal tetap menghormati.

Walaupun halal, part kissing tu diorang jaga.

Orang yang faham agama.

Dalam banyak-banyak pasangan, yang ni pasangan halal yang sweet aku pernah tengok.

Untuk info, pada 16 Jun tahun lalu MK dan Siti Hajaar selamat dinikahkan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor dengan berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr Syeikh Nordin.

Sumber: IG MK K-Clique

SKIP THIS AD ×