berita

[VIDEO] Gara-Gara Tak Pakai Tali Pinggang Keledar, MK & Siti Hajar Dikecam Netizen

July 29th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

MK, Siti Hajar

Tak dinafikan, selepas selamat mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, nama penyanyi MK K-Clique atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan dan isteri, Siti Hajar semakin mendapat perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Akui Sukar ‘Mengorat’ Siti Hajaar – ‘Susah Sangat Dia Sombong’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siapa Peluk MK K-Clique Atas Pelamin? – ‘Muka Isteri Terus Berubah’

MK, isteri tak pakai seatbelt?

MK juga dilihat kerap memuat naik video bersama isterinya di media sosial. Meskipun tidak mempamerkan kemesraan yang keterlaluan, namun ramai netizen akui suka melihat MK dan Siti Hajar yang disifatkan sebagai pasangan romantis.

Terbaharu, nama MK dan Siti Hajar kembali menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas salah seorang pengguna Twitter berkongsi semula video pasangan ini yang dilihat berada di dalam kereta tanpa memakai tali pinggang keledar.

Menerusi video yang dikongsikan, pelakon dan penyanyi yang berasal dari Sabah ini merekod video isterinya sedang memandu sementara dia berada di bahagian penumpang. Berdasarkan perbualan pasangan ini, kedengaran MK bergurau meminta isterinya memandu dengan cepat kerana sudah terlewat untuk mendirikan solat jumaat dan seterusnya menghadiri mesyuarat.

Namun apa yang mencuri tumpuan segelintir netizen, apabila melihat pasangan ini tidak mengenakan tali pinggang meskipun berada di atas jalan raya. Mereka sempat menasihati MK dan Siti Hajar supaya lebih peka dan mematuhi peraturan di jalan raya supaya tidak berlakunya perkara yang tidak diingini.

Komen netizen

MK, Siti Hajar MK, Siti Hajar MK, Siti Hajar

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×