
Personaliti terkenal, Paris Hilton meluahkan rasa hiba selepas kehilangan sahabatnya, penyanyi dan pelakon Hayden Panettiere yang menghembuskan nafas terakhir pada Ahad lalu.
Paris Hilton kenang pemergian Hayden Panettiere
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Paris Whitney Hilton menyifatkan mendiang yang berusia 36 tahun itu seorang yang berbakat dan penyayang.
Sukar untuk saya percaya dia sudah tiada. Saya akan sentiasa menghargai persahabatan kami, semua kenangan yang pernah dikongsi serta detik-detik istimewa yang kami lalui bersama.
Hati saya bersama keluarga dan semua insan yang menyayanginya dalam waktu yang sangat sukar ini mengakui masih tidak percaya sahabatnya itu telah pergi meninggalkan dirinya buat selama lamanya.
Namun, dia akan terus menyayangi dan menghargai segala kenangan dan momen yang pernah mereka lalui bersama.
Pedih hati saya mengenangkan pemergian sahabat saya, Hayden. Dia seorang yang sangat baik, berbakat, kuat, penyayang dan sentiasa membawa cahaya serta kasih sayang dalam hidup orang di sekelilingnya.
Saya akan menyayangi awak selamanya, Hayden. Berehatlah dengan tenang, bidadari. Kehadiran awak akan sangat dirindui.
Sumber: Threads Paris Hilton








