Sebuah pesawat ringan dipercayai dinaiki lapan individu terhempas dekat kawasan perumahan Elimina di Seksyen U16, di sini, hari ini.
Insiden tersebut juga dipercayai turut melibatkan sebuah motosikal yang kebetulan melalui Persiaran Elmina berhampiran susur Lebuhraya Guthrie. Mengikut maklumat awal bomba, pesawat tersebut berlepas dari Langkawi dan dijadual tiba Lapangan Terbang Subang.
Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Bunyi Dentuman Yang Kuat…Nampak Seseorang Dalam Keadaan Terbakar Rentung’ – Saksi
Exco Pahang terkorban
Menerusi laporan Berita Harian, sekurang-kurangnya 10 mangsa termasuk seorang EXCO Kerajaan Pahang terkorban dalam nahas tersebut.
Dalam kejadian sekitar jam 2.40 petang tadi, pesawat yang membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dan pembantunya dilaporkan gagal dikawal sebelum terhempas di Elmina.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang.
Namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat. Ketika terhempas, pesawat berkenaan dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing seorang individu dalam setiap kenderaan.
Hussein berkata pada masa ini pihaknya menjangkakan sekurang-kurangnya 10 mangsa yang terkorban.
Sumber: Berita Harian