Penyanyi Shila Amzah mengakui suaminya, Ubai MZ banyak membantu dalam proses pemulihan anak sulungnya, Seth Uwais yang didiagnosis dengan ‘mild autism’ tahap satu.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berani Bersuara & Pertahankan Diri – ‘Lawan, Tinggalkan Hubungan Toksik Itu’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Tutup Kilang’, Cukup Ada Seth & Rhea – ‘Saya Nak Anak-Anak 100% Dapat Perhatian’
Figura seorang bapa
Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, Ubai menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik sekali gus membantu perkembangan fizikal serta minda anaknya.
Sebelum ini pernah hantar pergi terapi tetapi seperti tidak membantu. Terapi sahaja semata-mata tidak boleh.
Rupanya, Seth perlukan figura seorang bapa yang boleh pujuk dia. Seth ini seorang ‘visual leaner’.
Ada banyak perkara yang saya tak boleh ajar, tetapi Ubai ada cara seorang bapa ajar anak dalam masa sama menekankan sikap tegas.
Shila berkata demikian ketika ditemui di program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Kredit kepada Ubai
Memberi pujian kepada Ubai, pelantun lagu Patah Seribu itu meluahkan rasa gembira melihat perkembangan positif ditunjukkan oleh Seth.
Saya beri kredit kepada Ubai kerana beri banyak pembaharuan dalam diri Seth. Ubai betul-betul beri apa yang Seth perlukan.
Kehadiran bapa membuat diri anak saya berlainan. Nampak perkembangan yang baik termasuk cara Seth berkomunikasi. Saya sangat gembira.
Para ibu bapa di luar sana patut lakukan yang terbaik semampunya jika dapati anak didiagnos ada autisme.
Sekadar info, Seth merupakan anak hasil perkahwinan Shila dengan bekas suami Haris Edraki. Mereka berkahwin pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022.
Shila kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan pempengaruh, Ubai MZ pada Ogos tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.