Meskipun nama terpalit dengan beberapa kontroversi, pelakon Amir Ahnaf mengakui kehidupanya kini dalam keadaan baik dan menjalani rutin harian seperti biasa.
Artikel Berkaitan: Angel Dolla Terharu Peminat Tidak Putus Beri Sokongan Ketika Nama Terpalit Kontroversi Amir Ahnaf
Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine Nasihat Wanita Dedah Mesej ‘Nakal’ Dengan Amir Ahnaf Berhenti ‘Spill Tea’ – ‘Take Down Posting & Suruh Dia Minta Maaf’
Kekal tenang
Amir atau nama lengkapnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, berkata, dia hanya mahu memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya seni selain mahu menambah kualiti lakonan.
Kehidupan saya baik sekarang. Iya saya ‘single’, tolong carikan teman wanita seorang.
Saya kalau balik rumah, saya akan duduk atas sofa dan tonton Netflix. Ada yang menasihati kepada saya sebegitu, sebab kita (pelakon) pembikin filem dan filem yang akan membikin kita.
Kita tengok filem dan itulah yang akan membantu untuk bina karakter kita untuk filem seterusnya. Saya menjalani kehidupan seperti biasa.
Amir berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media filem Kahar: Kapla High Council yang berlangsung di Setia City Mall, Shah Alam pada Sabtu.
Terdahulu, nama Amir menjadi bualan hangat dalam media sosial selepas tular foto dan mesej perbualan bersama seorang wanita yang mendakwa dirinya kekasih kepada aktor itu.
Menerusi perbualan berkenaan, Amir didakwa mengajak gadis berusia 18 tahun itu datang meluangkan masa bersamanya.
Dalam perkembangan terkini, Amir bakal muncul dalam filem Kahar: Kapla High Council yang bakal menerjah pawagam seluruh negara pada 28 November ini.
Selain Amir, filem arahan Razaisyam Rashid bersama penulis skrip, Anwari Ashraf itu turut menampilkan Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Thompson Goh, Khenobu, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ayie Khairie dan Hasnul Rahmat.