Berikutan menerima terlalu banyak komen dan mesej yang tidak senonoh, aktres Sophia Albarakbah mahu mempertahankan dirinya dengan mengambil tindakan undang-undang.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sophia Albarakbah Cuba Kuatkan Diri Demi Kerjaya, Mengaku Masih Kena B*li Di Media Sosial
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Panik Tali Terputus Masa Terbang Jadi ‘Pontianak’ Dalam Filem Saka Perawan
Simpan bahan bukti
Ketika ditemui OhBulan! Sophia atau nama lengkapnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman mendedahkan dia menerima terlalu banyak mesej dan komen berbaur lucah di media sosial.
Saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.
Justeru itu, pelakon berusia 31 tahun tersebut sedang mengumpul bahan bukti sebagai langkah untuk mengambil tindakan yang seterusnya.
Saya sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti makian dan perkara yang tidak senonoh semua saya tangkap layar untuk dijadikan bahan bukti supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya.
Terserah kepada awak semua jika mahu terus melakukan perkara itu. Ada banyak yang saya nampak tinggalkan mesej tidak senonoh, jadi saya simpan semuanya sebagai bahan bukti.
Sophia berkata demikian selepas tayangan perdana filem Harimau Malaya The Untold Story yang berlangsung di GSC The Starling Mall pada Isnin.
Mesej kebencian
Sementara itu, Sophia berkata, dia turut menerima mesej berbaur kebencian namun tidak tahu apakah punca dia dihujani dengan kritikan seperti itu.
Saya tidak pasti sejak bila perkara ini berlaku, tapi bila saya buka sahaja DM, memang ada banyak mesej tidak senonoh dan kebencian. Ada juga yang bersungguh- sungguh membenci tanpa sebab.
Ada dua perkara saya terima, iaitu mesej tidak senonoh terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej maki hamun tanpa sebab yang tertentu.
Boleh dikatakan kira-kira 50% DM saya dipenuhi dengan mesej lucah, tapi saya tidak terus menyekat mereka sebab mahu kumpul bukti dahulu.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Lelaki Itu mengakui berasa terkesan pada awalnya namun dia kini mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen dan mesej seperti itu.
Pada awalnya sudah tentu saya terkesan dengan perkara ini, tapi saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa.
Jadi, saya cuba untuk tidak membaca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis perkara yang tidak baik.
Dalam perkembangan lain, Sophia membawa watak sebagai Karina di dalam filem arahan Datuk Afdlin Shauki tersebut.
Selain Sophia, filem berinspirasikan skuad bola sepak kebangsaan itu turut membariskan pelakon hebat antaranya Meerqeen, Amelia Henderson, Aiman Hakim Redza, Erra Fazira dan Tony Eusoff.