berita

‘Saya Baru Kehilangan Ayah Tau’ – Azza Elite Kecewa Azwan Ali Bising Lambat Dapat Sejadah

August 3rd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, bapa kepada penyanyi dan pelakon, Azza Elite iaitu Zawari Abdul Aziz telah meninggal dunia. Masih dalam keadaan sedih kerana kehilangan insan tercinta, Azza terpaksa berdepan dengan kata-kata kurang senang yang dipercayai dilemparkan oleh Azwan Ali terhadapnya di media sosial.

Artikel berkaitan: Oksigen Turun & Dipercayai Akibat Masalah Jantung, Bapa Azza Elite Meninggal Dunia

Kau sibuk jahit sejadah ka?

Menerusi perkongsian di Instagram, Azwan Ali dikatakan naik angin apabila lambat menerima sejadah yang telah ditempah olehnya. Susulan daripada posting tersebut, Azza tampil dan meminta Azwan Ali untuk memahami keadaannya pada waktu ini.

Tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Sg i sibuk urus mak i. Dengan bapa i sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke ape ke. I fikir ayah dan mak i je. Keadaan parent i. Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya abang. Sampai hati dia tulis mcm ni! Bapa i meninggal semalam faham tak. Jangan sesuka hati maki.

Tambah Azza, dia memuji niat baik Azwan Ali untuk membeli sejadah. Namun, percakapan dan penulisan Azwan perlu diperbaiki.

Jangan sesuka hati maki! Sebab dah terbiasa mulut tu maki orang jadi makanan kau! Niat tu baik nak beli sejadah aku bersyukur! Tapi dalam masa yang sama fikir juga keadaan org lain. Saya baru kehilangan ayah tau .Jangan buat ank yatim mcm ni bang! Dan jangan lupa kematian tu sangat dekat dengan kita. Ingat Allah ya bang sebelum nak cakap apa-apa.

Di akhir posting, Azza berharap Azwan Ali bertemu husnul khotimah.

Sumber: Azza Elite

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×