berita

‘Saya Bayangkan Penat Lelah Petugas Barisan Hadapan’ – Mimi Lana Cekal Jadi Sukarelawan Meskipun Kes Cecah 13k

July 16th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, kes Covid-19 di Malaysia telah mencecah 13,215 semalam. Menerusi angka tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang dan takut untuk keluar dari rumah meskipun terpaksa bekerja.

Di Instagram, pelakon, Mimi Lana meluahkan rasa lega apabila selesai menjalankan tanggungjawabnya sebagai sukarelawan di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bangi. Menurut Mimi Lana, pada mulanya dia berasa risau untuk keluar dari rumah memandangkan kes di Malaysia mengalami peningkatan yang drastik sejak belakangan ini.

Saya bayangkan penat lelah mereka

Completed my duty today! Hari ni saya nak keluar bekerja saya sangat takut memikirkan jumlah kes yang banyak setiap hari. Dalam kepala ni macam-macam saya fikir. Tapi bila saya bayangkan penat lelah frontliners yang bertarung dengan pesakit COVID-19 sejak pandemik ni saya gagahkan diri juga keluar untuk membantu.

Ujar Mimi Lana, dia tidak dapat membayangkan penat lelah para petugas barisan hadapan tatkala pandemik ini melanda dunia. Oleh itu, dia rela bekorban masa dan tenaga untuk menjadi sukarelawan di PPV Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi.

Pada masa yang sama, Mimi berharap semua rakyat Malaysia dapat menerima dua dos vaksin secepat yang mungkin. Ini kerana, jumlah kes di Malaysia sangat membimbangkan dan keadaan di hospital juga semakin penuh dengan pesakit Covid-19. Jelasnya lagi, ambulans juga tidak cukup buat masa ini.

Bukan masa nak bergaduh

Sekarang ni dah bukan masa kita nak bergaduh ataupun salahkan sesama sendiri, gantikan perasaan tu dengan cara bagi kesedaran kepada semua orang untuk daftar, pergi vaksin dan alert dengan vaksin appointment mereka. Ini je cara kita nak membantu negara kita yang tengah tenat sekarang ni.

Di akhir posting, Mimi berharap setiap rakyat Malaysia mengubah cara pemikiran mereka terhadap pengambilan vaksin dan tidak menunding jari antara satu sama lain mengenai keadaan yang telah berlaku. Buat individu yang risau mengenai keadaan orang tua mereka sekiranya hendak divaksin, Mimi berkata kesemua petugas dan sukarelawan di PPV sedia membantu dan menjaga ibu bapa mereka. Mimi turut memberi ucapan terima kasih dan taniah kepada semua yang telah divaksin.

Sumber: Mimi Lana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×