berita

‘Saya Begitu Terkilan & Sedih, Kematian Adam Sangat Tragis’ – Datuk

July 4th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Suasana pilu dan penuh emosi di Institut Perubatan Forensik Negara hari ini semasa proses pengecaman mayat dan pengurusan jenazah Adam Rayqal berlangsung. Ibu dan bapa mangsa kelihatan tidak dapat menahan kesedihan apabila menangis sambil ditenangkan ahli keluarga.

Datuk mangsa, Mohd Fauzi Jusoh juga sangat terkilan dan sedih dengan kematian tragis cucunya.

Begitu terkilan dan sedih – Datuk

Mohd Fauzi Jusuh ketika ditemui Harian Metro memberitahu kejadian ini sungguh tragis dan tidak boleh diterima akal sama sekali. Walaubagaimanapun, beliau redha dengan ketentuan dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Saya begitu terkilan dan sedih sangat kerana kematian cucu saya (Adam Rayqal Mohd Sufi) begitu tragis apabila mayatnya ditemui di bahagian sejuk beku peti sejuk.

Lebih menyedihkan pada bulan puasa baru-baru ini, cucu saya itu tinggal selama sebulan bersama dengan saya di Chendering, Terengganu dan pasti kehilangannya begitu dirasai.

Oleh itu saya berharap hukuman setimpal dikenakan kepada mereka yang melakukan perbuatan kejam yang jelas tidak berperikemanusiaan itu.

Adam sebelum ini diletakkan di rumah pengasuh lain

Adam sebelum ini diletakkan di rumah pengasuh lain, namun hanya kira-kira lima minggu saja kerana tidak sesuai sebelum menantu dan anak menyerahkannya kepada pengasuh terbabit.

Sebelum menghantar Adam di rumah pengasuh baru itu, anak saya ada maklum kepada saya mengenai hasratnya dan dalam hati saya ingatkan dia mengenali pengasuh berkenaan.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya sehingga berakhir dengan kematian. Saya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan mengenai punca sebenar kematian cucu saya itu.

Jenazah Adam dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ladang, Kuala Terengganu, hari ini selepas semua urusan selesai di Hospital Kuala Lumpur.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×