
Meskipun masing-masing telah memilih jalan perpisahan namun, pelakon Sharifah Husna, masih profesional untuk bekerjasama dengan bekas suami, Halim Radzi.
Artikel Berkaitan: Sharifah Husna & Halim Radzi Sah Bercerai Talak Satu Selepas 4 Tahun
Artikel Berkaitan: Terima DM Daripada Suami Orang, Sharifah Husna Bertindak Beri Ugutan Halus – ‘Nak Saya Hantar Pada Isteri Awak?’
Hubungan yang baik

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Sharifah Husna Syed Faisal, 33, memaklumkan mereka sebelum ini pernah menjayakan sebuah naskhah lakonan selepas perceraian dan tidak mempunyai sebarang masalah untuk bergandingan.
Kami dalam hubungan yang baik, itu sebab kami mempunyai hubungan yang profesional ketika bekerja.
Jadi tiada masalah, malah kami pernah berjumpa di set selepas itu (perceraian) tapi tiada siapa tahu. Itu menunjukkan bagaimana kami profesional di set.
Kami pernah bekerjasama selepas bercerai dan kami mempunyai hubungan yang baik sehingga sekarang. Sekiranya, kami berjumpa lagi di set, tiada masalah.
Ketika menjayakan penggambaran drama Doa Yang Terlindung sebenarnya kami sudah tidak bersama. Bukan saja dalam drama bersiri tapi kami juga ada bekerjasama dalam kolaborasi produk.
Husna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Terhangat Melodi di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Berbahagi Suami itu enggan mengulas lanjut berkenaan perihal perceraiannya bersama Halim.
Perincian mengenai perceraian saya bersama dia, hanya antara saya dan dia. Cukuplah sekadar orang tahu bahawa kami sudah bercerai.
Kami akhiri perkahwinan kami dengan baik. Jodoh sampai itu saja tapi kami masih boleh bekerjasama secara profesional.
Dalam masa yang sama, Husna bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberikan sokongan, selain mahu memberi tumpuan kepada kariernya.
Saya dalam keadaan yang baik, Alhamdulillah keluarga juga adalah penyokong nombor satu saya.
Saya sangat bersyukur keluarga dan kawan rapat saya selalu dengan saya. Seperti saya cakap sebelum ini, saya mengambil masa untuk proses dan bila saya bersedia, saya kongsi.
Saya kongsi pun sebab saya adalah ‘public figure’, kalau saya bukan saya tidak akan kongsi, sudah tentu.
Alhamdulillah, setakat ini saya tidak berhadapan dengan tekanan daripada pertanyaan ramai dan saya pun fokus dengan diri dan kerjaya.




![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
