berita

Terima DM Daripada Suami Orang, Sharifah Husna Bertindak Beri Ugutan Halus – ‘Nak Saya Hantar Pada Isteri Awak?’

April 17th, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pelakon Sharifah Husna memberi ugutan halus buat para lelaki yang sudah berumah tangga yang cuba untuk berkenalan dengannya.

Artikel berkaitan: Sharifah Husna Tampil Berhijab, Netizen Cair Tengok Cara Halim Radzi Puji Isteri ‘Bidadari Syurga’

Artikel berkaitan: ‘Suka Skrol TikTok, Main Telefon’ – Fadlan Hazim Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Pelakon Baharu

Ugut lelaki berstatus suami

Menerusi hantaran di TikTok Astro Malaysia, Husna bermain permainan situasi dan diberi pilihan untuk menangani perkara tersebut.

Seseorang mesej awak beritahu yang mereka suka dengan awak. Apa yang awak buat? Situasi pertama, tengok profile mereka sebelum balas mesej itu atau situasi kedua, terus balas dengan cara baik.

Menurut Husna, dia memberitahu pernah melalui situasi itu dan bertindak mengugut lelaki berstatus suami orang berkenaan untuk mendedahkan mesej tersebut kepada isterinya.

Semestinya periksa akaun profile mereka, mungkin dia laki orang. Fun fact sebenarnya perkara ni pernah terjadi kepada saya sebelum ini.

Bila lelaki orang mesej saya, saya akan cari bini dia punya profile dan saya akan screenshot profile bini dan mesej dia ‘Awak nak saya hantar mesej ini kepada isteri awak?’.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×