
Pelakon, Uqasha Senrose membidas komen seorang individu yang mendakwa dirinya sengaja mencari publisiti murahan dengan menunggang kisah perceraian demi mengumpul wang bagi membeli sebuah rumah baharu.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Baluti Uqasha Dengan Kasih Sayang, Ramai Sayang Awak’ – Hatta Dolmat
‘Siapa awak nak pertikai?’

Menerusi hantaran di Threads, Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, menyifatkan dakwaan tersebut tidak berasas dan menegaskan dia membanting tulang empat kerat demi rezeki yang halal.
Diam dengan kumpul duit dan publisiti? Apa kena mengena dengan beli rumah? Nak buat andaian, guna otak.
Allah beri akal kepada manusia untuk berfikir. Setidaknya saya beli rumah sendiri dengan duit rezeki saya, hasil tenaga yang Allah izinkan. Siapa awak nak pertikaikan keberkatan? Awak nak buat kerja Allah?
Dalam pada itu, Uqasha turut meluahkan rasa kesal dengan individu terbabit yang disifatkan tidak mempunyai empati, apatah lagi apabila melibatkan masa depan anaknya.
Saya cari tempat untuk besarkan anak saya. Tiada timbang rasa ke? Tiada ihsan? Saya curi duit orang ke? Kalau saya merentan, yang penting Allah dah tunjukkan jalan.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial mendakwa Uqasha sengaja mencetuskan perhatian umum demi kepentingan peribadi.
Patutlah Uqasha memekak, nak publisiti rupanya untuk kumpul duit nak beli rumah. Dah dapat rumah, diam elok sahaja macam orang normal.
Tapi persoalannya, berkat ke guna cara begitu untuk cari rezeki? Saya hanya membuat andaian sahaja sebab sebelum ini Uqasha tak pernah merentan.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)