Pelakon, Kamal Adli tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada jam 10:15 pagi Khamis bagi prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pemdamai (JKP).

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Terharu, Puji Netizen ‘Sweet’ Pujuk Uqasha Senrose Di Instagram

Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Enggan Ulas Isu Peribadi, Fokus Kerjaya

Guna saluran yang betul

Kamal, 39, berkata, mahkamah menjadi satu-satunya saluran yang tepat untuk dia memperjuangkan hak terutama membabitkan anaknya, Hawra Uqaira yang kini berusia 19 bulan.

Hari ini akan dengar apa hakim akan cakap, saya sendiri tidak tahu apa akan berlaku di dalam (kamar bicara) nanti.

Saya akan pertahankan selagi mana mampu, ikut prosedur mahkamah dan tetap berjuang untuk anak.

Ruang saya hanya di mahkamah, untuk berjumpa Uqasha sudah tiada peluang lagi. Saya tak akan buat kenyataan bodoh, saya guna saluran yang betul (mahkamah).

Kamal hadir bersama peguam syarie yang dilantik, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan ditemani beberapa rakannya.

Sementara itu, Uqasha Senrose hadir selang dua minit kemudian dengan menyarung jubah berona unggu.

Uqasha yang hadir bersama peguam, Muhammad Syazmee dan beberapa ahli keluarga berharap orang ramai mendoakan yang terbaik untuk rumah tangganya.

Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025.

Difahamkan, pasangan itu juga tidak lagi tinggal sebumbung dan Uqasha kini menetap bersama ibunya.

Pada 19 November lalu, kedua-dua pihak selesai melantik jawatankuasa pendamai masing-masing seperti diarahkan mahkamah.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.