Pelakon Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan selamat ulang tahun perkahwinan buat ibu dan arwah ayahnya di Instagram.
Artikel Berkaitan: Ayah Sharnaaz Ahmad Meninggal Dunia – ‘Terima Kasih Jadi Papa Yang Hebat Untuk Kami Semua’
Artikel Berkaitan: ‘Jika Anda Masih Ada Ibu Bapa, Jaga & Buat Yang Terbaik’ – Sharnaaz Ahmad
51 tahun
Menurut Sharnaaz, semalam merupakan hari ulang tahun perkahwinan yang ke-51 ibu dan arwah ayahnya. Ujar Sharnaaz, dia mahu bertemu semula dengan arwah tetapi bukan dalam masa terdekat.
Selamat ulang tahun perkahwinan mama dan arwah papa. Nanti kita jumpa ya papa, tapi bukan sekarang. Sebab saya belum selesai membuat anda bangga! Saya akan menjadi juara dalam apa yang saya lakukan. Love u papa and mama.
Pada 27 November yang lalu, ayah kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad iaitu Datuk Bazir Ahmad dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi Rabu.
Berita sedih itu dikongsikan sendiri Sharnaaz menerusi hantaran di Instagram (IG).
‘Hero’ saya baru sahaja menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.40 pagi.
Dia tak pernah berputus asa untuk berjuang, hanya jantungnya yang berhenti berdetak.
Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya.
Sumber: Sharnaaz Ahmad