Sebelum ini, ketiak pelakon Amelia Henderson menjadi topik bualan di TikTok apabila rata-rata wanita mengidamkan kerana kelihatan cerah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidung Saya Original, Kalau Buat Nak Lagi Mancung’ – Amelia Henderson
Sayangi diri sendiri
Ketika ditemui OhBulan!, Amelia menyatakan dirinya tidak ada mengambil sebarang ubat-ubatan bagi memutihkan atau mencerahkan ketiak.
Kata Amelia, 26, dia berdarah kacukan justeru tidak seharusnya timbul perbandingan kecerahan bahagian tubuhnya.
Antara dua, sama ada saya menangis sebab orang tak nak tengok muka saya, mereka hanya nak tengok ketiak saya ataupun saya keluarkan produk (melibatkan) ketiak dan saya jadi jutawan.
Jadi, mana satu yang lagi bermanfaat buat kehidupan saya? (tertawa). Tetapi, saya belum ada lagi terfikir nak keluarkan produk untuk ketiak.
Sebab saya rasa bab-bab kecerahan (ketiak), saya tak berapa sokong. Sebagai seorang yang berdarah campur, janganlah bandingkan kecerahan saya sebab memang saya tiada makan ubat atau buat apa-apa untuk memiliki ketiak putih.
Kita patut sayangi diri kita walau macam mana sekalipun. Benda ini kadang-kadang membuatkan saya sensitif tapi saya perlu paksa otak saya fokus kepada perkara yang positif.
Amelia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Gempak Most Wanted (GMW) di Astro Bukit Jalil, pada Rabu.
GMW yang menampilkan Amelia dan Sean Lee sebagai hos akan ditayangkan pada setiap hari Rabu bermula 28 September, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria.
Dah lama berkecimpung
Dalam pada itu, ditanya bagaimana boleh sentiasa tenang melayan kecaman netizen, pemilik nama Amelia Thripura Henderson berkata dia sudah 11 tahun berada dalam dunia hiburan.
Tegasnya, selagi tidak melibatkan keluarga dan kawan terdekat, dia boleh ‘pejam mata’ dan pekakkan telinga.
Saya dah berada dalam industri sangat lama. Dah macam-macam saya dengar bukan sahaja pasal diri sendiri tetapi pasal keluarga.
Tetapi, komen orang saya tidak peduli sangat selagi mereka tak sentuh keluarga atau kawan-kawan saya.
Sumber: Instagram @ameliath