Majlis resepsi perkahwinan usahawan Joy Revfa bersama suami, Dr. Adrian Yeah telah selamat berlangsung di The Dome, Bandar Baru Klang, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: ‘Ya Betul, Sebelum Ni Dia Memang Ada Rekod Tak Baik, Permainkan Hati Perempuan & Panas Baran’ – Joy Revfa
Artikel Berkaitan: Dihentam Hebat Di Instagram, Keikhlasan Umrah Dipersoal, Ini Respon Joy Revfa
Ucapan romantis Joy Revfa buat suami
Majlis yang cukup meriah itu turut dihadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan terdekat pasangan mempelai.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah ucapan romantis yang disampaikan Roy Revfa atau nama lengkapnya Siti Arifah Mohd Amin kepada suami tercinta.
Ini adalah permulaan perjalanan kita sebagai suami isteri. Walaupun kami sering gaduh-gaduh manja, namun kami sebenarnya sangat sayang menyayangi.
Dengan termanterainya ikatakan cinta, Joy Revfa dan Dr. Adrian berjanji untuk mencintai antara satu sama lain dan menjaga hubungan perkahwinan mereka hingga ke syurga.
Saya berjanji akan mencintai dan tetap bersama suami dalam susah dan senang, sihat dan sakit hingga akhir hayat.
Semoga dirimu menjadi satu-satunya yang akan membimbing dan melindungi diri ini. Yang akan mengisi hari-hariku, nakhoda bahtera rumah tangga, mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaanku. Semoga kita dapat membina keluarga yang bahagia dan dirahmati Allah SWT.
Joy Revfa dan Dr. Adrian Yeah telah mendirikan rumah tangga sebelum bulan Ramadan lalu dan majlis resepsi telah berlangsung di The Dome pada 22 Jun 2024 (Sabtu).
Untuk rekod, Joy pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun pada 1 Mei 2017 sebelum memutuskan untuk bercerai tiga bulan selepas itu.