Tindakan pelakon Emma Maembong berkongsi gambar ketika menjalani sesi fotografi untuk kehamilannya di Instagram (IG) mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Netizen Teka Emma Maembong Hamil Baby Girl?
Artikel Berkaitan: ‘Suami Pernah Terasa Apabila Dituduh Tidak Pandai Jaga Isteri’ – Emma Maembong
Pilih untuk hidup biasa
Ketika ditemui OhBulan!, Emma menyatakan dia enggan melayan komen-komen negatif kerana sukar untuk memuaskan hati semua pihak.
Kata Emma, 31, sejak zaman remaja dia sering menjadi ‘mangsa’ netizen meskipun tampil dengan berpakaian sopan.
Bagi saya bukan sebab kongsi gambar kandungan sahaja orang komen benda tak elok. Sejak zaman remaja lagi, ada sahaja yang tak kena di mata orang.
Saya berpakaian sopan pun tetap kena kecam, jadi saya pilih untuk hidup macam biasa.
Orang boleh terima.. terima. Saya tak nak memanjangkan sesuatu perkara, sebab itu saya buat tak tahu dan malas layan. Nak puaskan hati semua orang memang tak mungkin.
Emma berkata demikian ketika Soft Launching Produk Raya Kekasih yang diadakan di Glass House Klang, baru-baru ini.
Manusia tak lari dari kesilapan
Tambah pemilik nama Fatimah Rohani Ismail, dia sudah kebal dan terbiasa dengan teguran seperti itu. Bagi kakak kepada aktres Chacha Maembong ini, dia banyak berdiam diri daripada melawan.
Dalam pada itu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta berharap agar peminat mendoakan dia terbuka hati untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Kalau satu hari nanti saya rasa nak berubah, saya berubah. Doakan yang baik-baik sahaja. Tak ada guna pun saya nak lawan netizen semula sebab bukan saya seorang sahaja yang kena.
Saya tak kongsi gambar perut pun kena kecam juga.
Pada Februari lalu, Emma akhirnya mengesahkan yang dia kini sedang hamil anak kedua.
Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa Emma sedang berbadan dua, namun empunya badan memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan.
Untuk makluman, Emma mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan Shariq Gabriel yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram