berita

Netizen Teka Emma Maembong Hamil Baby Girl?

March 9th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Semakin berseri-seri ketika hamil, pelakon jelita berdarah kacukan Melayu-Scotland, Emma Maembong berjaya menarik perhatian wargamaya apabila berkongsi beberapa foto dirinya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Buat Kejutan Untuk Suami, Hamil Anak Kedua

Artikel Berkaitan: Kongsi Kisah Doa Diangkat, Emma Luah Rasa Syukur Diberi Peluang Lagi Ke Tanah Suci Bersama Suami Dan Anak

Menerusi akaun Instagramnya (IG), Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail yang kini sedang sarat hamil anak kedua telah memuat naik foto dan video ‘maternity shoot’ hasil seni seorang jurugambar terkemuka.

Bukan itu sahaja, hantaran itu juga memperlihatkan keadaan perut Emma yang semakin membesar ditambah pula dengan bentuk perutnya itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengikutnya. Susulan daripada itu, pada ruangan komen, rata-rata netizen meneka pelakon berusia 31 tahun ini bakal menimang bayi perempuan.

Terdahulu, Emma berkongsi berita kehamilannya menerusi sebuah video di Instagram dengan membuat kejutan kepada suaminya pada 15 Februari lalu.

Sumber: Emma Maembong

SKIP THIS AD ×