berita

‘Saya Bersemangat Sebab Ada Adik Beradik’ – Puteri Sarah Liyana Nekad Failkan Perceraian

January 16th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Pelakon Puteri Sarah Liyana nekad dengan keputusannya untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya yang merupakan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Puteri Sarah dilihat tiba di perkarangan kompleks Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bersama adik-beradiknya.

Artikel Berkaitan: I Tukar Doa, Berikanlah Aku Kesabaran, Ketenangan – Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Enggan Berdamai, Tetap Pendirian Nak Fail Cerai

Fail cerai

Ketika ditemui, Sarah yang mengenakan busana serba hitam meluahkan perasaannya sebelum menjalani proses berkenaan. Jelas Sarah, dia sudah bersedia malah rasa lebih bersemangat.

Sarah sihat Alhamdulillah. Semalam balik shooting pukul 1 pagi tau. Hari ini bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik.

Apabila ditanya berhubung apa yang akan berlaku sebentar lagi, Sarah meminta orang ramai bersabar untuk menunggu tindakan seterusnya malah Sarah juga memaklumkan akan berkongsi maklumat lebih lanjut kemudian. Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memohon orang ramai untuk mendoakannya.

Video

@ohbulanofficial

Semoga dipermudahkan segala urusan buat @Puteri Sarah liyana . Amin ?? #ohublan #fup #viral #sembangentertainment #puterisarahliyana #fail #cerai

? original sound – Ohbulan – Ohbulan

SKIP THIS AD ×