Pempengaruh Alif Teega akui penat dengan segala hinaan dan kecaman yang dilemparkan segelintir pihak terhadapnya berhubung dakwaan dia menyalahguna duit kutipan derma.
Artikel Berkaitan: Aliff Teega Nafi Terlibat Komisyen Derma 20%, Nasihat Jangan Mudah Percaya Cerita Satu Pihak – ‘Saya Hidup Dimaki Satu Malaysia Akibat Poligami’
Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah & Suami Dilabel Penipu, Didakwa Kutip Derma Untuk Kepentingan Peribadi?
Berani bersuara
Menerusi hantaran di Instagram Story, Alif berkata, dia menjadi serba salah dengan tindakannya sama ada perlu mendiamkan diri atau bersuara mengenai isu tersebut.
Saya letih jadi Alif Teega ini, sesekali nak juga jadi orang lain. Kalau saya diam orang kata saya mengiyakan, kalau saya bersuara orang kata saya gelabah, koyak.
Tapi sekurang-kurangnya saya tak bersembunyi belakang keyboard. Saya hadap, saya berani.
Dalam hantaran sama, Alif bertanya apakah jaminan yang akan diterima sekiranya dia mendedahkan laporan sumbangan tersebut kepada umum.
Sekarang ini persoalan saya kalau saya kongsi laporan sumbangan yang dimanfaatkan, apa jadi kepada segala fitnah, ancaman, hinaan kepada saya dan keluarga? Boleh ke saya dapatkan identiti page tersebut sebagai jaminan?
Kalau saya buktikan yang saya sampaikan dengan baik, tapi orang yang sebar fitnah masih sembunyi belakang keyboard, macam mana?
Terdahulu, Alif dan isteri, Aisyah Hijanah menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh sebuah akaun di Facebook mengatakan mereka mengambil sebanyak 20 peratus daripada duit sumbangan yang diberikan oleh orang awam.
Jelas Alif dan Aisyah mereka hanya menjadi orang tengah dan membantu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan dana.
Sumber: Instagram