Sekitar Julai lalu, pelakon berasal dari Kelantan, Fizo Omar dilaporkan berpisah dengan bekas isteri, Mawar setelah gagal mempertahankan rumah tangga yang dibina selama 5 tahun. Fizo melafazkan cerai terhadap Mawar di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Dalam satu temubual bersama Zayan baru-baru ini, Fizo berkesempatan menceritakan kisah hidupnya kepada umum. Fizo dilihat sebak ketika berkongsi pengalaman sewaktu menunaikan haji di Mekah tempoh hari.
Allah nak mengajar saya
https://www.instagram.com/p/B3BdtwLAO3T/
Menerusi video berdurasi 11:56 saat, Fizo berkongsi kisah pahit manisnya sebagai seorang anak seni dan pengalaman dirinya sewaktu menunaikan haji baru-baru ini. Menurut Fizo, dia bersyukur dapat menunaikan haji pada usia 34 tahun meskipun diuji dengan perceraian yang berlaku di antara dirinya dan Mawar. Sebagai manusia biasa, dia berasa gagal untuk menyelamatkan rumah tangga, namun menggangap perkara yang berlaku itu mempunyai hikmah tersendiri.
Fizo turut berkongsi luahan rasa bersama sahabatnya Talib. Talib merupakan insan yang sangat rapat dengannya dan pendengar setia di kala dirinya berasa sedih. Berbicara mengenai soal haji, dia memberitahu pakciknya, memberi tawaran kepada dirinya. Tambahnya, proses tersebut tidak sampai sebulan dan tiada sebaran persediaan dilakukan pada awalnya. Fizo memberitahu bahawa Youtube merupakan medium untuk dirinya belajar mengenai ibadah haji.
Diuji bankrap sebanyak RM8 juta
Mengenai kenangan terindah ketika di Mekah, Fizo memberitahu bahawa dia sempat memandikan, mengkafankan dan solat jenazah jemaah di sana. Pada detik itu, dia sangat bersyukur kerana diberi peluang sebegitu. Fizo juga memberitahu bahawa setiap yang berlaku sangat mematangkan dirinya malah hubungan dengan bekas isteri, keluarga dan masyrakat semakin baik.
Pengalaman pernah jatuh bankrap sebanyak RM8 juta, turut membuatkan Fizo sedar bahawa wang tidak boleh di bawa ke mana-mana. Selepas insiden ditipu dan namanya diguna, Fizo memberitahu bahawa dia memaafkan individu tersebut sebab Allah. Tambahnya, Allah izin individu tersebut untuk menipu dirinya supaya dia sedar dan tidak lalai dengan hal duniawi.