berita

‘Saya Bersyukur Kepada Allah’ – Direman Satu Hari Lagi, Reaksi Tenang Farid Kamil Buat Netizen Sebak

January 15th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebentar tadi, mahkamah memutuskan Dato’ Farid Kamil disambung reman sehari lagi. Farid yang hadir di Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah dibawa ke bilik reman pada 11.30am. Video yang dikongsi HLive itu sekali lagi menarik perhatian netizen.

Artikel Berkaitan : Farid Kamil Disambung Reman Sehari Lagi

Namun, ramai yang bersedih melihat reaksi pelakon itu yang kelihatan tenang menjawab soalan wartawan. Ramai yang berdukacita atas nasib yang menimpa pelakon itu.

Terima kasih semua

Tiada apa, semua okay. Kesihatan semua alhamdulillah. Saya bersyukur kepada Allah. Semua berlangsung dengan aman.

Apabila ditanya wartawan mengenai dahinya, Farid cuma memberitahu tiada apa dan ianya perkara biasa. Dia turut memberitahu yang dia akan ikut mereka (pegawai) apabila ditanya kemana dia pergi selepas ini. Selain itu, Farid juga mengucapkan terima kasih buat semua untuk sokongan disiti.

Ramai netizen yang sedih di ruangan komen video itu. Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Farid sekeluarga dan mendoakan agar dia kuat menghadapi ujian Allah ini.

Netizen sedih

Sumber : Hlive

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×