berita

Selepas 35 Hari Dalam Penjara, Farid Kamil Dibenar Tangguh Hukuman

June 19th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini pelakon Datuk Farid Kamil telah dijatuhkan hukuman penjara 9 bulan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan positif dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC). Terbaru menerusi Berita Harian, dia dibenarkan menangguhkan hukuman yang sedang dijalaninya ketika ini.

Tangguh hukuman penjara

Keputusan menangguhkan hukuman itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman. Dia turut memerintah Farid Kamil untuk dijamin dengan RM10,000 beserta pasport miliknya diserahkan kepada pihak mahkamah. Selain itu Farid Kamil perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

InsyaAllah, semuanya Allah permudahkan

Farid yang telah menjalani hukuman penjara selama 35 hari sejak 15 Mei yang lalu melahirkan rasa kesyukuran dengan keputusan itu. Isterinya, Diana Danielle tidak kelihatan di luar mahkamah hanya adiknya, Fadzil yang hadir untuk membayar wang jaminan.

Insya-Allah, semuanya Allah permudahkan.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×