berita

‘Saya Biarkan Diri Digoda Syaitan’ – Sertai Jemaah Dakwah, Amar Asyraf Mahu Berubah

February 18th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Selepas dihimpit pelbagai kontroversi rumah tangga tahun lalu, pelakon Amar Asyraf Zailuddin atau lebih dikenali sebagai Amar Asyraf kini dilihat melakukan perubahan besar dalam dirinya. Dia dilihat giat aktif memberi tumpuan dalam kerohanian.

Artikel Berkaitan :‘Tanya Khabar Dah Memadai’- Lepas Dicerai Talak 3, Vivy Harap Amar Asyraf Jenguk Anak

Artikel Berkaitan :‘Janganlah Aniaya Saya Sampai Begini Sekali’ – Isteri Kedua Amar Asyraf Dicerai Talak Tiga

Menerusi temubual bersama Harian Metro, dia akui Allah masih sayangkannya sehingga memilihnya untuk mendalami agama.

Gagal sempurnakan agama dengan baik

Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik.  Sudah dua tahun mereka ajak tapi hanya baru-baru ini Allah pilih untuk saya menyertainya. Tak dinafikan ada rasa nak ikut tapi saya masih alpa.

Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini.

Menurut Amar, perubahan kali ini sukar digambarkan dengan kata-kata namun sebagai seorang manusia dia masih belum tahu banyak mengenai Islam. Kini, dia sedang belajar apa yang patut dibuat dan dilarang dalam agama. Mengenai kontroversi lalu, dia tidak ambil kisah dan ingin kembali kepada fitrah sepenuhnya.

Tak apa kerana itu kelemahan saya. Berkenaan bidang seni akan diteruskan tapi tengoklah pada bentuknya. Sudah pasti akan ada perubahan. Saya pegang pada pendapat jumhur ulama supaya jangan terlalu drastik membuat perubahan. Allah tarbiah saya kerana sebelum ini ada pelbagai kekangan.

Bukan tolak dunia

Tambah Amar lagi, sebelum ini dia tidak punya masa kerana sibuk dengan dunia lakonan namun kini Allah tarik semua untuk beri ruang dan masa untuk dia berubah mendalami agama.

Allah tidak pernah kata kita akan masuk neraka. Dia bagi peluang untuk kita buat amalan, tapi bukan bermakna kita kena tolak dunia. Ini pengalaman yang dilalui dalam tempoh tiga hari. Insya-Allah, tengoklah selepas ini saya bercita-cita untuk menyertainya selama empat bulan.

Mengenai jemaah dakwah, dia memberitahu bahawa dia baru berjinak-jinak dalam dunia dakwah ini walaupun sudah diajak banyak kali. Amar Asyraf juga dilihat kini bergiat aktif menjalani perniagaan sendiri selain dari berdakwah.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×