Pengacara terkenal dan selebriti media sosial, Viviana Abdullah membuat pendedahan mengenai dirinya yang tidak bernafsu pada wanita.

Artikel Berkaitan: Isu Lelaki Berpakaian Wanita, JAWI Panggil Untuk Siasatan Lanjut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Tegur Pengacara Lelaki Berpakaian Wanita Hambur Lawak Luc*h Kepada Penyanyi Kontroversi– ‘Perbuatan Ini Dilaknat Allah SWT’

Tak bernafsu

@thecornersisters

EP4 | Bukan mudah untuk seseorang @vivianaentertainment nak menjalani hubungan yang normal seperti kita 🥺❤️ . Percayalah ini semua adalah ujian untuk nya yang Allah takdirkan, jangan lah kita asyik merendahkan seseorang macam tu je #ramadan #malaysia #podcast #motivation #fyp

♬ Dealova Piano – DNP

Menerusi satu sesi temu bual podcast, Viviana atau nama sebenarnya Wan Marzuki Wan Daud memaklumkan dia boleh berkahwin namun tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab batin sebagai suami.

Tambah Viviana, dia hanya mampu menyayangi bakal isteri seperti seorang ibu dan kakak tanpa melibatkan perasaan cinta sebagai pasangan.

Saya boleh berkahwin dengan perempuan. Cuma maksimum kasih sayang yang saya boleh beri seperti saya sayang mak dan kakak saya.

Kalau isteri saya nak rumah, beg, baju atau makan minum, saya boleh sediakan.

Cuma ada suatu perkara yang mungkin akan membuatkan dia pergi ke mahkamah syariah.

Batin dia mungkin tidak dapat dilunaskan.

Kalau dia dalam keadaan tidak berbaju, saya akan pandang tapi tiada apa-apa perasaan malah saya mahukan apa yang dia ada.

Tiada perasaan ghairah.

Setiap ujian berbeza

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan pendedahan yang dibuat sekali gus mendoakan buat Viviana agar dipermudahkan urusan untuk berubah.

Sumber: TikTok @The Corner Sisters