berita

‘Saya Buka Kain Kapan, Tengok Anak Tiada Mata’ – Isteri Sanggup Tipu Hamil 9 Bulan Hanya Kerana…

February 15th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Hanya kerana terlalu sayangkan suami, si isteri sanggup berpura-pura mengandung kemudian mendakwa anak mereka meninggal dunia akibat pendarahan di otak. Kejadian yang berlaku di Stavpol, Rusian ini mengejutkan orang ramai termasuk suaminya sendiri yang hampir percaya dengan perkara tersebut sehinggalah di hari pengebumian anaknya.

Sanggup tipu hamil

Seorang wanita dikenali sebagai Laura Daudov memaklumkan kepada suaminya bahawa dia mengandung anak kembar yang kemudian meninggal dunia hampir mencetuskan skandal nasional di Rusia. Selepas memberitahu kehamilan itu, suaminya, Daud, kegembiraan dan dia mula tidak sanggup memberitahu perkara sebenar.

Saya lihat betapa gembiranya suami apabila beritahu saya mengandung. Saya tidak mahu mengecewakan dia dan bertindak menipu mengenai kandungan ini kepada dia dan keluarga.

Kadang-kala saya berasa seperti perut saya membesar, rasa seperti saya mengandung dan pada Januari lalu saya meninjau katil bayi. Ia sukar untuk dijelaskan. Saya tahu saya tidak mengandung tetapi saya tidak boleh berhenti menipu.

Malah, Laura turut menyewa seunit flat berdekatan hospital dan mendakwa melahirkan bayinya pada 3 Februari tetapi bayi itu meninggal dunia pada 9 Februari disebabkan pendarahan otak. Suami memberitahu bahawa mayat anaknya perlu dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Dagestan mengikut ajaran Islam.

Kantoi anak patung

Namun, segala-galanya terbongkar apabila Daud ingin melihat dan mencium anaknya buat kali terakhir. Dia membuka kain kapan dan mendapati kedua-duanya adalah anak patung.

Saya buka kain kapan yang menutup wajah anak pertama dan terkejut apabila tiada mata. Kemudian saya buka wajah anak kedua, sama juga. Ia anak patung… anak patung.

Lelaki tersebut menuduh pihak hospital terlibat dalam skandal penjualan bayi selepas Daud Daudov mendakwa pihak hospital sengaja menukar bayi lelakinya dengan anak patung. Pihak polis turut menyiasat dakwaan itu apabila Daud membuat laporan sebaik mendapati jenazah anak yang mahu dikebumikan di kawasan perkuburan keluarga di Dagestan pada 9 Februari lalu adalah anak patung.

Susulan siasatan, isterinya, Laura kemudian membongkar perkara sebenar pada 11 Februari dan mengaku dia menipu mengenai kandungannya dan bayi yang dilahirkan kerana tidak mahu mengecewakan Daud.

Saya tidak mahu mengecewakannya dan terpaksa berbohong kepadanya dan saudara-mara kami dengan memalsukan kehamilan ini. Saya tidak boleh berhenti berpura-pura. Saya menipu semua saudara dan suami saya. Saya sangat menyesal. 

Sumber : Daily Mail UK

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×