berita

‘Saya Bukan Cikgu, Lebih Kepada Berkongsi Pengalaman 50 Tahun’ – Hetty Koes Endang

January 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tindakan juri program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Hetty Koes Endang mengajar para peserta secara ‘live’ telah mengundang rasa kurang senang segelintir pihak.

Artikel Berkaitan: ‘Dengan Hetty Koes Endang Pengacara Hilang Fungsi’ – Pak Nil Tegur Nabil & Jihan Kena Pandai Handle & Kemudi Pentas GV8

Artikel Berkaitan: ‘RM20,000 Saya Guna Bayar Hutang & Tebus Barang Kemas’ – Adibah Noor

Saya bukan cikgu

Ketika ditemui OhBulan!, Hetty yang mesra disapa sebagai Bunda berkata dia perlu berbuat demikian kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai juri.

Bagaimanapun, sedar ada yang tidak gemar dengan cara mengajarnya, Bunda memohon maaf andai ada pihak atau peserta yang terasa hati. Katanya lagi, dia hanya berkongsi pengalamannya sebagai anak seni yang sudah 50 tahun menceburikan diri.

Maaf kalau ada yang tersinggung selama saya mengendalikan tugas sebagai juri di program GV. Kalau bukan kerana sayang, saya tak akan tinggalkan anak dan cucu tercinta saya, Arlo Astrodistira Arsanda di Indonesia. Saya buat semua ini semua demi Astro, GV, dan juga Malaysia!

Pentas pertandingan ini adalah pentas yang memberikan banyak tentangan buat kita di barisan juri kerana peserta terdiri daripada pelbagai genre. Minggu pertama, saya tak kenal siapa Aliff, Suki, Aweera, Niki dan semua. Saya adil.

Saya teliti dan dengar kelebihan dan kelemahan mereka pada minggu pertama. Mungkin dari situ lagi ramai yang tak senang dengan komen-komen saya. Tapi saya bukan cikgu, saya lebih kepada berkongsi pengalaman.

Jangan cepat puas hati

Dalam pada itu, Bunda menekankan identiti adalah keutamaan dan kunci kepada kejayaan seseorang artis selain bakat yang ada pada diri.

Saya akan beritahu di mana yang bagus dan di mana salahnya setiap kali peserta buat persembahan. Sebagai peserta, sewajarnya mereka harus dengar apakah keinginan juri, bukan keinginan netizen kerana yang menilai adalah juri.

Kena gali lagi, jangan cepat rasa puas hati dan rasa suara sendiri sudah begitu bagus. Dalam bidang seni suara ini, kalau boleh, setiap kali buat persembahan tak kisahlah di pentaskah, di festival, di acara dan majlis, sentiasa berikan yang terbaik.

Saya harap, pemenang-pememang pada program GV ini juga akan ingat pesanan saya ini. Contoh macam Aliff, saya tahu dia lebih terbuka menerima teguran. Kalau dia masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, mungkin dia pun tak jadi juara semalam.

Dia buktikan dia mahu berjaya dan maju. Bagi saya, dia layak bergelar juara musim ini.

Terdahulu, Aliff menumpaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan Piala Gegar Vaganza.

Aliff mendendangkan Sampai Syurga secara solo dan lagu Dealova duet bersama Hafiz Suip, manakala segmen ‘battle’ berentap bersama Aweera menerusi lagu Bangun (Aman Ra).

Foto: Azrul Rafie

SKIP THIS AD ×