Penyanyi dan peserta program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) Adibah Noor pernah mengaku terpaksa menjual rumah dan menggadai barang kemas berikutan kesempitan wang sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada Mac lalu.
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Juara GV8, Wang Tunai RM100,000 Jadi Milik
Artikel Berkaitan: Didakwa Keputusan ‘Final’ Bocor Awal, Wakil GV8 Tampil Bagi Pencerahan
Artikel Berkaitan: Netizen Panas Hati Aweera Dapat Tempat Keenam Dalam GV8, Tok Ram Kata Salah Pilih Lagu
Tak malu mengaku
Ditanya mengenai hadiah kemenangan, Adibah, 52, menyatakan dia akan menggunakan wang kemenangan sebanyak RM20,000 itu untuk membayar hutang.
Selain itu, kata pemilik nama Adibah Noor Mohd Omar, dia ingin menebus semula barang kemas yang digadai ketika dia menghadapi krisis kewangan.
Rasanya semua sudah tahu bagaimana saya lalui hidup susah ketika dua kali tempoh PKP sebelum ini. Saya tidak malu mengaku tentang hal tersebut.
Duit kemenangan ini saya akan gunakan untuk bayar semua hutang yang telah saya pinjam sebelum ini dan tebus kembali barang kemas.
Tambah pelantun lagu Terlalu Istimewa, dia tidak lupa untuk menyimpan sejumlah wang kemenangan demi masa depan.
Selain itu, saya akan simpan sedikit dan jika ada lebih saya mahu bercuti bagi merehatkan diri.
Bukan lagi sejenis ‘judgemental’
Dalam pada itu, pelakon drama Kampung People 2 akui sepanjang program itu dia telah berubah menjadi individu yang tidak lantang bersuara.
Semua orang tahu saya seorang vokal person, tweet saya di Twitter sentiasa berbisa. Program GV8 membuatkan saya sedar dan tidak lagi bersikap judgemental. Apa sahaja berlaku lebih baik diam dan telan sahaja.
Tak susah sebenarnya untuk mendiamkan diri apabila kita buka hati untuk faham tuntutan kerja orang lain.
Foto: Azrul Rafie