Penyanyi Datin Alyah menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya berkahwin dengan maestro terkenal tanah air, Ramlis MS disebabkan harta dan kekayaan yang dimiliki.
Artikel Berkaitan: ‘Siapa Sangka Rumah Tangga Yang Dibina Awalnya Penuh Ribut Taufan & Tsunami, Akhirnya Harmoni’ – Alyah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alyah Kesal Wajah Disamakan Dengan Isteri Kedua Pengarah Terkenal ‘Terpaksa Pula Ikut Muka Budak Tu Padahal Kita Lahir Dulu’
Kahwin bukan sebab harta
Alyah menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini berkata, dia pernah menerima soalan daripada netizen yang mendakwa dirinya berkahwin dengan Ramli atau mesra dengan sapaan Tok Ram disebabkan harta.
Malah, penyanyi berusia 42 tahun itu menegaskan dia bukan datang dari keluarga yang susah dan akui mempunyai harta sendiri.
Ada yang kata saya kahwin dengan Tok Ram sebab kaya, tolong fikir-fikirkanlah. Sebab saya pun ada harta saya sendiri, saya bukanlah datang dari kelapa sawit, pokok getah, ada yang tag saya berkata begitu.
Allah beri saya rezeki untuk saya sendiri. Suami saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya sebab memang jodoh Allah.
Dalam pada itu, pelantun lagu Kisah Hati itu berpendapat mahalnya sebuah perkahwinan adalah terletak pada keharmonian dan ketenangan dalam rumah tangga.
Dalam perkahwinan ini tiada siapa yang menang tiada siapa yang salah. Pada saya mahalnya sesebuah perkahwinan itu terletak pada keharmonian dan ketenangan. Itu yang susah nak dapat.
Apa yang saya nak bawa dalam rumah tangga ini adalah amalan-amalan saya, sebab esok lusa tak tahu siapa yang pergi dulu (meninggal dunia), tak semestinya yang berusia itu pergi dulu.
Saya juga pernah membuat kesilapan sebelum ini, keselipan itu yang membuatkan saya belajar banyak perkara, tapi janganlah ulangi kesilapan itu berulang ulang kali.
Untuk info, Alyah dan Ramli mendirikan rumah tangga pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Hampir sedekad perkongsian hidup, pasangan itu masih belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.
Sumber: TikTok