berita

‘Saya Bukan Kaunter Pertanyaan Dia’- Kontroversi Shahir Lari Daripada Bayar Hutang, Ini Respon Erra Fazira

January 4th, 2018 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nama penyanyi, Shahir yang lama menyepi, kembali menjadi sebutan sejak kebelakangan ini apabila dirinya dikatakan lari dari membayar hutang. Bagaimanapun, sehingga hari ini penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dilihat masih berdiam diri. Sebelum itu, nama Shahir juga kecoh  mengenai kontroversinya bersama pramugari bernama Mona Syamimi.

Kita semua sedia maklum bahawa Shahir berkawan rapat dengan pelakon dan primadona Malaya Erra Fazira. Menerusi laporan mStar, Erra dikatakan enggan mengulas lebih lanjut berhubung isu ini dan meminta soalan tersebut diajukan kepada Shahir sendiri.

Tidak pernah ambil peduli

Erra memberitahu walaupun dia berkawan rapat dengan Shahir, dia tidak pernah ambil peduli mengenai hal-hal peribadi juara Akademi Fantasia ke-8 (AF8) itu.

Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya.

Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan untuk apa-apa isu mengenai dirinya kerana apa juga masalah membabitkan dia biarlah dia jawab sendiri.

Hal ini bukan masalah saya, seharusnya pihak media tidak bertanya mengenainya kepada saya. Tanyalah sendiri dengan Shahir

Status Erra dan Shahir?

Erra juga berkata, dia tidak mahu bercerita lebih lanjut mengenai status hubungan mereka atas sebab kedudukannya sebagai seorang wanita dan ibu.

Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita.

Untuk lebih lanjut tiada apa yang dapat saya ulas lagi. Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki.
Semoga kontroversi yang melanda Shahir ini tidak akan menjejaskan hubunganya dengan Erra Fazira.

Diharap Shahir dapat segera tampil kehadapan menyelesaikan segala kontroversi yang melanda dirinya supaya dapat membersihkan namanya semula.

Sumber: Mstar