berita

Saya Bukan Nabi – Aliff Aziz Tak Kisah Dilabel ‘Bad Boy’

July 8th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-08 at 11.40.53 AM

Kalau sebut sahaja nama Aliff Aziz, mesti ada je cerita tak enak yang didengar mahupun dibaca. Daripada isu tak berdisiplin, dikatakan lalok kerana dadah dan foto terlebih ‘mesra’ dengan bersama wanita, semuanya pernah menghiasi dada-dada akhbar dan internet.

Bagaimanapun, Aliff ketika ditemui baru-baru ini memberitahu bahawa dia cuba untuk membina imej diri yang lebih bersih selepas ini.

Namun, dia juga tidak dapat menghalang orang ramai untuk terus melabelkan dirinya sebagai ‘bad boy‘ disebabkan isu-isu tersebut.

Screen Shot 2014-07-08 at 11.44.23 AMAliff Aziz mahu bina imej baru

“Orang cakap Aliff bukan contoh yang baik untuk mereka ‘live their life’. Saya bukan nabi tau. Kalau nak cari contoh yang betul-betul, jadikanlah Nabi Muhammad SAW sebagai contoh.

Orang lupa kita manusia biasa yang sedikit sebanyak ada buat salah. Yang baik kita ambil, yang tak baik jangan ikut. Bila orang dah cop kita sebagai bad boy, benda baik kita buat pun orang tak nampak.

Salah tetap salah. Saya tak marah dan tak ambil hati. Sekurang-kurangnya saya dah sedar. Saya minta maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan kelakuan saya.”

Walaupun dihambat dengan pelbagai kontroversi, rezeki Aliff sebagai anak seni masih lagi tidak putus-putus. Bukan sahaja dalam bidang nyanyian, tetapi di layar perak juga.

“Saya terpaksa tolak tawaran berlakon bukan kerana isu disiplin ya! Kalau betul saya ni teruk sangat berkenaan disiplin, kenapa masih ada orang tawarkan saya untuk berlakon. Cuma saya sekarang nak fokuskan kepada bidang nyanyian. Saya tak nak buat semua benda dalam satu masa.”

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×