Sebelum ini, penyanyi, Syafeek Ikhwan meluahkan rasa terkejut apabila namanya dikaitkan dengan isu seorang penyanyi putus tunang kerana ‘kantoi’ suka kaum sejenis.
Artikel berkaitan: Terpalit Isu Penyanyi Putus Tunang & Suka Kaum Sejenis, Syafeek Ikhwan Terkejut Nama Dipetik Netizen
Ambil tindakan undang-undang
Terus sebarkan fitnah. Dah tahu artikel tersebut bukan tentang saya, tapi anda masih kaitkan dengan saya. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap tuduhan yang terlalu melampau. Sesetengah orang kita tak tahu berhenti membuli (secara siber). Sikit pengajaran mungkin boleh membantu anda untuk jadi orang yang lebih ‘bijak’ selepas ini.
Terbaru, Syafeek berkata, dia bakal mengambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah yang membuat tuduhan melampau terhadap dirinya. Jelas Syafeek, tindakan tersebut sedikit sebanyak boleh memberi pengajaran kepada individu berkenaan agar menjadi lebih ‘bijak’ selepas ini.
Tambah Syafeek lagi, dia perasan terdapat segelintir netizen telah memadam komen mereka di Tiktok. Ujarnya, tindakan tersebut sudah terlalu lewat kerana dia sudah menyimpan semua bukti-bukti yang berkaitan.
Saya bukan orang bodoh yang akan umum sebelum saya simpan semua bukti-bukti berkaitan. Fake akaun? Worry not. Korang mungkin tak tahu saya graduan dalam bidang ‘Network & Telecommunication Engineering’ dari sebuah universiti di France. Kalau saya tak boleh ‘track’ korang, segelintir kawan universiti saya boleh buat.
Akhir sekali, Syafeek berharap semua pihak tahu menjaga adab dan batas meskipun mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan.
Saya sangat memahami tugas seorang wartawan dan amat menghormati rakan-rakan media. Sejujurnya, merekalah antara tulang belakang yang sentiasa menyokong usaha saya untuk menempatkan nama dalam industri. Malah artikel asal pun langsung tidak menyatakan nama penyanyi yang dimaksudkan.
Jadi, tindakan yang akan diambil ini ditujukan khas buat sesetengah netizen yang sesuka hati menulis di media sosial tanpa usul periksa. Saya mahu kita semua belajar, meski pun semua orang mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan, tapi biarlah tahu adab dan batasannya.
Sumber: Syafeek Ikhwan